Pages

the clown is here

:)

Wednesday 6 February 2013

le reunion (part 2)

salam..

fuhh berzaman nak habiskan benda ni. padahal tak panjang mana pon. haha.
kalau nak ikutkan "monolog dalaman" aku yang dok berkata2 dalam diam ni, memang dah lama siap dah entry2 ni. tapi memandangkan monolog tersebut hanya sekadar bermain2 di dalam minda dan sanubari je, makanya dia tetap lah berada di situ. gila malas gua nak menaip. apa punya perangai entah. padahal taip je pon, bukan keluar peluh pon. lemak nak pecah apatah lagi. tapi apa nak buat, sifat malas yang ada dalam diri menguasai segalanya.

jadi mari lah kita sambung balik cerita reunion yang panjang sangatttt tu.

_________________________________________________________________________________

the picnic

saat ketibaan kami puteri gunung pulai


setelah berpenat lelah, berhempas pulas, akhirnya sampai jugak ke gunung pulai yang diuar2kan tu. fuhhhh *lap peluh*

dah lah penat, time tu waktu lunch pulak tu. menusuk2 perut ni rasa. kalau ikut hati kitorang masatu, nak je makan semua bekalan dalam kereta je. tapi ditahankan jugak hajat di hati tu. terus tabah mendaki gunung. (daki sangat kan)


kawasan gunung yg lengang nak mampuih


masa sampai tu memang kosong habis lah kawasan tu. weekday kan. tambah2 pulak hari sekolah. memang lengang habis. terasa macam gunung ni kami yang punyaaa. 

gunung ni bukan kau yang punyaaa, tapi ahmad albab yang punyaa 
*tetibe ada suara aneh*

ok abaikan karutan di atas. terima kasih.




sampai2 je terus bentang tikar main zam2 alakazam 2 saat. haha ok tak. terus susun2 makanan, ambik port paling selesa (gua rasa nana kot paling selesa HUAHUA), terus mencekik. gelojoh tak kitorang? haha. lalu dengan itu makan lah kami diiringi bunyi air terjun dan ditemani oleh monyet2 (atau beruk mungkin) di sekeliling. suwetttt

 menu adalah :
mihun goreng, puding roti, sosej, nuget, popia, samosa, sandwich, buah2, air 


puding roti yang menjadi rebutan

orang lain selalunya pergi gunung ni mandi dulu. badan dah sejuk baru makan. ni tak, kitorang buat kelainan. makan dulu baru main air. memang saja nak buat kelainan. (pandai tak cover line? mohon takda sapa perasan yang sebenarnya kitorang memang kaki makan)


main air kata nya kan. basah2 sikit je.


masa main2 air ni lah banyak gila monyet tu datang. besar2 semua. siap buat bising panggil kawan2 dia. nak berkawan dengan kitorang jugak mungkin.

budak2 ni dah seram dah. aku pon seram jugak tapi oleh sebab kat utm lambakan monyet adalah perkara biasa, ibarat lambakan warga asing di malaysia (eh?), maka kurang lah sikit takutnya tu. huhu


aku, jiha, nana, amah

menurut jiha gambar ni comel. *panngg*

amah, jiha, haizan, nana

gegor gambar baq ang


dah takut2 semua, terus naik balik kemas semua yang patut. 


sesi mengemas


sambil kemas sambil bising mulut nak pegi mana lepas tu. tapi sampai ke sudah tak tau jugak nak pegi mana. haha



peserta ratu cantik 1

peserta ratu cantik 2




masa ni lawak. aku jalan paling belakang masa balik ni tau. lepas tu dari jauh dah nampak nana stop kat jambatan ni dengan amah. dah tau dah nak suruh snap gambar letteww. dah dapat baca dah walaupun dari jauh. hebak betul ambe ni huhu 


yeayyy!!


akhirnya tamat jugak kisah picnic kitorang. fuuhhhh *lap peluh lagi sekali*

_________________________________________________________________________________

kisah picnic memang dah habis. tapi sambung balik kisah seterusnya. sebab kitorang bukan terus balik pon. huahua. gunakan peluang sekali sekala dapat keluar bebas hirup udara segar ni dengan sebaik mungkin. huhu.

hasil perbincangan, aku sebagai orang paling legend area jb ni (legend sangat sebab tak mampu nak keluar dari johor pon. huwaaaa) mencadangkan lah semua pergi aeon bukit indah (lagi??). memang agak nak muntah sebenarnya pergi situ banyak kali tapi apa nak buat, tu jela yang paling dekat dan paling best. di samping budak2 ni ada yang tak pernah pergi, maka aku pon tunjuklah jalan. nanti sapa2 nak dating dah ada port baru dah. hekhek

dan hasilnya..


dalam daiso pon jadi


nasib baik aku tak terlibat. huahua
ni pon dah cukup gigih memasing tebalkan muka. orang sekeliling dah tengok lain macam. tapi keyakinan diri kami mengatasi segalanya. hehe. enjoy the life. bukan selalu. huhu


my outfit

ok dah habis dah..




Monday 4 February 2013

le reunion (part 1)

salam..

izinkan patik continue the last entry yang tergantung gila tu ok.
_________________________________________________________________________________

the journey

study week tu secara jujurnya aku siap buat work-to-do list tau. kengkonon feel macam lama sangat je cuti tu so kena plan betul2. dan salah satunya termasuklah jumpa kawan2 lama (kawan2 sekolah menengah) sebab kitorang jarang jumpa walaupon rumah dekat lah jugak kiranya. semua belajar jauh kan. aku lah yang paling jauh. uhuk uhuk*batuk kecil*

nak pastikan plan tu berjalan lancar, aku tak lah plan sengsorang. so aku approach nana tanya nak jumpa tak cuti ni kan (walaupun masa tanya tu dalam keadaan emosi yang tak stabil gara2 nana dah habis exam tapi aku still ada 2 or 3 papers more to go. hetchu nana)

nana pulak sangat bagus, lepas tanya tu terus je dia try contact the other friends. bagusss sangatttt
(kena puji nana banyak2 sebab baru tau yang dia baca blog aku selama ni. ok jom puji lagi. ihik)
dan oleh sebab itu jugak dia menang tanpa bertanding, terus jadi pengarah program. plan everything then minta persetujuan ramai. ok la tu. kalau nak harap aku tak jalan nya sampai next sem punya cuti. huhu

yang aku pulak adalah ajk makanan. haha. mula2 ingat nak prepare all the foods by myself je which i thought make me much easier sebab dah last minute kan. tapi bila fikir2 balik, kalau makanan yang aku pilih tu nanti cuma selera aku je macam tak best je. lastly i decided to let everyone brings their own food. potluck lah kira. so boleh share2. jimat pon jimat. and nice sebab dapat rasa air tangan masing2. dah anak dara lah kata kan. dah nak kahwin pon ada. eh (peace kengkawan!)

dah plan semua, last2 kitorang semua decided pergi gunung pulai. hoyehhh. dah lama tak pergi berkelah ni. and the first time ever kot pergi dengan kengkawan.

sebelum gerak berkumpul dulu kat rumah aku. kitorang pergi 3 kereta.
amah, nana, jiha, dengan aku satu kereta.
shera dengan sufi satu kereta.
haizan, syuhada dengan zizah satu kereta.


amah, aku, jiha, nana


here we come gunung pulai!! *loncat2 excited*


Subhanallah


kalau nak diikutkan, gunung pulai ni gunung terdekat lah dengan rumah kitorang. tu yang decided pergi situ je. ingatkan cepat sampai dan senang. tapi ku sangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. banyak betul dugaan dan cabarannya. *lap peluh* nasib baik kami semua stok wanita besi yang kental luar dan dalam. hakhak


conflicts were here and there


kan dah cakap. memang sangat mencabar.
haha sebenarnya bukan apa, kitorang awal2 memang nak pergi gunung pulai tapi kitorang pergi gunung pulai yang bukan the real gunung pulai tau. kitorang pergi ikut jalan gunung pulai yang lama. yang dah runtuh (KOT??) time banjir besar dulu2 tu. so kat situ kalau ikutkan memang takda pape. cuma ada macam sungai jelah.

then shera bagi cadangan pergi gunung pulai yang baru tu. kat situ baru gunung bebetul gunung lah. so semua pon berpatah balik, jalan ke depan sikit (sebenarnya banyak jugak) untuk ke gunung pulai yang baru tu.

TAPI.. semua pon tak tahu jalan tu. shera tahu tapi ingat2 lupa. kiranya kitorang memang main lenjan je la time tu. ikut shera je dari belakang. memang jauh nak masuk tu. dan banyak jugak simpang2nya. bertambah2 konfius kitorang. tu yang berlaku perbincangan kat tengah jalan tu. hakhak. tapi untuk nampak cool, kitorang tak masuk campur pon dengan perbincangan diorang (yang dimaksudkan adalah izan dan shera). kitorang follow je, kalau tak shera yang lead, izan yang lead. kitorang tetap maintain sebagai followers. haha. rasa cool tak??


the moment izan yang lead kitorang

lastly dah agak give up jugaklah, nasib baik ada seorang makcik ni. izan tanya dia je jalan mana. haaa kan senang cerita. kenapa tak dari awal cerita tadi dah jumpa makcik ni. haih

and finally

jejak jugak kaki kat GUNUNG PULAI 2!!!
*histeria*




-to be continued-



Sunday 3 February 2013

the girls (intro)

salam..

alkisahnya, cuti kali ni aku rasa sangat rindu dengan kawan2 sekolah. bukan setakat sekolah menengah, sekolah rendah, tadika pon turut serta. entah kenapa, tapi since study week tu macam meroyan nak jumpa diorang.

kat twitter, facebook, watsapp, bbm semua aku try contact. kalau bole sepanjang cuti ni nak jumpa diorang semua. mungkin umur dah tak panjang kot tu yang rasa lepas2 ni mungkin tak dapat jumpa lagi dah. hikhik

then, right after exam was finished, terus contact nana through twitter tanya bila nak jumpa semua2 ni. kenapa kena through twitter? sebab aku malas nak topup sepanjang cuti ni. ahakkk. henpon kat mana pon tak tahu. main sepah2 je. lagi kan pulak nak topup. macam takda guna je rasa. haha. jadi twitter la jalan terbaik. 

rasanya perjumpaan kali ni macam reunion kecil2an kitorang lah. time cuti ni lah baru nampak muka masing2. kalau tak cuti tu nampak jugak. tapi kat gambar2 jela. yang rajin post kat fb tu ada lah nampak. huehue


the girls :
sufi, amah, syuhada, nana, shera, jiha, izan, zizah and me yang not included dlm gambar. huuuuu


sebelum ke cerita sebenar (dah nama pon intro kan?), gambar atas ni adalah gambar kitorang kat sekolah. baik kan nak buat reunion siap jumpa cikgu dulu. haha. ok ni semua tak laka laka langsung. tapi apa yang penting kitorang sempat jejakkan kaki kat sekolah yang penuh kenangan ni. banyak dah berubah. oh well kitorang pon dah banyak berubah. lagi nak persoalkan. huh


let me stop here lah ok. nanti kita sambung the full story maybe. kena perah otak dulu. (dush!)
ok bai..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...