Pages

the clown is here

:)

Sunday, 14 April 2013

Sentosa Island

Assalamualaikum..

post ni masih lagi sambungan previous post pasal singapore trip. baru nak sambung. apakan daya, cuti2 pun bukan ada kat rumah nak meng-online 24/7 kan. sekarang ni baru ada masa sikit, jadi jangan lengah2kan lagi. mari sambung. walaupun entah ingat entah tak apa ceritanya, tapi bedal jela. haha. ayat tak bersalah gila rasa. =____=


_________________________________________________________________________________


okay dah siap lunch dan solat semua kat Arab Street tu, kitorang semua dibawa terus ke Pulau Sentosa semula. pagi2 datang situ just nak hantar trip lagi satu ke USS tu, petang ni kitorang pulak yang berjalan keliling Pulau Sentosa.

sampai2 je dah brief segala bagai, terus kitorang naik train turun kat waterfront station. sebab apa pegi sini dulu? sebab nak ambik gambar depan globe USS tu. haha. tak dapat masuk dapat bergambar kat luar tu je pun jadi lah kan. 


universal studio singapore


haaa gitu kau gambar teruja macam puas hati dapat masuk USS kan. padahal.. haha. apa yang penting kenangan tu.
T_T

oh ye lupa nak cakap, sebelum pergi DEPAN USS ni, kitorang singgah dulu kat candylicious. meriahnya kat sana. seronok tengok. tengok jela. again, tu je yang mampu. haha. 


candylicious




m&m crews


masing2 pilih partner masing2. yang tak fahamnya kenapa mia dengan wani sanggup berkongsi kasih aku pun tak tahu. banyak lagi kot. 
-.-''

ok dah. lepastu kitorang jalan2 lah sekitar kawasan tu sebelum naik train lagi. jalan jela mana2 sampai dah letih baru tau gopoh-gapah carik tempat duduk. haha


which route should i take??


then dah puas rehat2 plus "tanned"kan diri masing2, makanya kitorang pun angkatlah kaki ke station seterusnya. yela masa bukan panjang sangat pun kan. walaupun penat tapi kami gagahkan jua kaki kami ke Imbiah Station. kat sini ada singa. aum aummm




kota singa kata kan? huhu. masa kat imbiah station ni kitorang turun untuk ambik gambar je. then duduk2 tengok sekeliling sambil bayangkan maggi kari yang anas berasap ada telur separuh masak sekali dengan air sirap limau ais. perghhh wa cakap lu. lapaq gila baq angg. dahlah panas. lapar. haus. penat. semua bersatu hati bergabung menyerang kitorang bertiga. memang menguji kesabaran sangat. nasib baik mampu mengawal diri lagi. kalau tak, singa belakang tu pun hilang kitorang makan. mungkin tinggalkan belang je.(macam lah ada kan. haha)




masih di station yang sama. nampak sangat tak kat situ. kitorang penat. duduk. tapi still nak ambik gambar. jadinya gambar kaki pun jadi lah. tu pun nak angkat kaki macam dalam gambar di atas adalah sangat malas. haha


nampak penat? nampak kan?


okay dah agak cukup rehatnya kitorang naik train balik pergi semula ke Beach Station. eh tak cakap ae tadi yang awal2 tu kitorang kumpul kat beach station. tak ae? okaylah sekarang dah cakap kan? haha. jadi seterusnya balik semula ke beach station. dari sini kitorang naik trem (trem kot nama dia) pergi jalan sekeliling beaches yang ada kat situ. hujung ke hujunglah dia bawak kita. kita tinggal duduk (atau berdiri kalau bernasib tak baik), then tengok2, then ambik2 gambar kalau nak. gituuu


aku separuh pun takpala. takpa. takpa. *asah parang*


okaylah kat sini kitorang tak banyak jalan pun. cuma berhenti kat satu pantai ni je. pantai apa entah namanya. tapi ada jambatan gantung semua. macam cantiklah. so decided turun sini. dahla masa lalu jambatan gantung ni kitorang teruja gila. berlari sambil lompat2 bagi goyang habis. orang2 yang lalu sama dengan kitorang mesti emosi. haha. meh layan gambar meh.


jambatan gantung yang kuruihhh bebenor




lepastu naik atas




teropong ni tipu tahu? kitorang pun tertipu. semua gara2 budak mana entah berlakon macam ye2 je tengok through teropong ni. kitorang pun termakan tipu dia. termakan tapi tak kenyang lah. huahua. 


keraksasaan kelaparan keganasan


kebetulan bawak roti sebungkus. share lah tiga orang. cukuplah buat alas pape yang patut di alas. 

lepastu kitorang naik trem tu balik. kebetulan nak hujan pulak tu.ngam2 je time kitorang nak balik dah.huhu. balik tu naik trem bukannya nak terus pergi balik tapi duduk je atas trem tu ikut dia berjalan dari hujung ke hujung balik. haha. gara2 dah tak larat nak berjalan, maka duduk jela. tengah penat2, kena pulak trem tu syahdu je pergerakannya. dengan hujan renyai2 angin sepoi2 bahasa. mata pun apa lagi, mula lah buat kerja dia. layu tak sudah. huhu. terlelap2 tahu? aku lah yang terlelap. mia dengan wani dah termimpi dah aku rasa. tidur betul diorang. ada je gambarnya tapi tak sampai hati nak letak. hehe.

malam tu pukul 8.00pm dah berkumpul untuk balik dah. sebelum balik, meh secebis dua gambar dulu meh.


colourful castle


another trip members


dan kemudian kitorang balik malaysia. yeayyyy!!
rindu kampung 
#anakperantauan

_________________________________________________________________________________



yes yes yes habis pun singapore trip. haha




1 comment:

  1. nice day:)
    saya adalah saya hari ini karena pilihan-pilihan
    yang saya kemarin..


    bagi-bagi motivasi yaa.. :)


    http://wisataoutboundmalang.com/

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...