Pages

the clown is here

:)

Friday 5 April 2013

singapore trip

Assalamualaikum..

dengan rasa rendah hati dan rendah dirinya, saya ingin mengumumkan yang midsem break saya sudah bermula sejak hari ini, 5 april 2013. haha. pengumuman cuti macam nak umumkan pembubaran parlimen okay. takmo kalah. mesti. haha

dan oleh sebab dah start cuti, mari lah kita start cuti ni dengan pengabdian diri kepada blog tersayang. fokus utama haruslah kepada readers semua. kalau kepada blog je macam kesunyian sangat bunyinya. marilah letak untuk readers walaupun tak berapa nak pasti ada ke tak. hoho.

mari kita mulakan cerita kita tentang singapore trip yang aku dengan kawan2 pergi last saturday. kawan2? aku, mia dengan wani je pon. haha. gaya macam ramai sangat kawan2 yang terlibat kan. takdanya. kitorang 3 orang je.
hmmm dan memang last saturday pun. yes anda tak salah baca. walaupun memang busy sangat2 sebenarnya. dengan test dan assignments yang banyak seperti yang telah diuar2kan sebelum ni. tapi perjalanan haruslah diteruskan. lupakan seketika segala hal. mari kita enjoy the moment. hiksss

ok let's start the story with bismillah

_________________________________________________________________________________


pagi sabtu tu (30 mac 2013), gerak dari utm dalam pukul 8.00 pagi. okay semestinya sebenar2 plan adalah pukul 7.30 pagi. tetapi masakan tepat 7.30 pagi dah gerak kan, itu mustahil. jadi agak2 pukul 8.00 macam tu baru gerak.

oh ye lupa nak cerita, trip ni kitorang ambil daripada sorang lecturer/staff utm ni (tak tau dia lecturer ke staff je.huhu). ada 2 jenis trip. satu yang pergi trip ke USS. pakej yang ada USS ni RM240. tapi kitorang tak ambik yang ni. kitorang ambil pakej yang kedua which is much more cheaper. only for RM80. pakej yang ni takdalah masuk USS. tapi pergi Bugis Street, Arab Street dan jugak Sentosa Island. murah dan puas hati kot sebab dapat jalan2 tengok bandar singapore tu semua compare dengan yang pakej 1 tu, cuma dapat pegi USS je. tapi okay jugaklah kan. cuma kitorang just nak ambil syarat masuk singapore je, so ambil lah pakej kedua tu. dan juga jimat. sekian. haha


kami buddies, kami takkan terpisah.haha


dorang ni lah yang ajak aku mula2 tu. tengah duduk2 kat busstop tetibe terus ajak pegi singapore. gaya macam nak pegi warung pisang goreng kat taman u je. -.-''
lepastu aku pun main suka hati je nak. haha. untuk pengetahuan semua even aku duduk johor sejak lahir, ni lah first time pegi singapore. betapa johornya aku kan? haha




abaikan jerawat please. tu tanda kematangan je.
.....

kitorang kan pegi bertiga je kan (yang kawan2 lah, yang tak kenal tu ramai je satu group pergi sekali), so dalam bas wani duduk sekali dengan mia. aku duduk sengsorang. menguasai seat. luaskan kuasamu katanya kannnn? haha


borang dan peta


 awal2 lagi kitorang dah dihadiahkan dengan peta dan satu borang. hadiah sangat kan. ayat nak indah je. haha. first thing is the sentosa island map and another one tu macam borang untuk kita isi then bagi kat imigresen before kita boleh masuk singapore. ada lah tulis mana kita nak pergi, berapa hari dan lain2 lah. 


the island map


besar jugak sentosa island ni. ada lah macam2 kat situ. bitch beach je ada 3. resort sekali. USS pun dalam tu. plaza. dan casino bagi mereka yang memerlukan. haha


study


tengok sahaja mereka, khusyuk dan tawadu' mengkaji pulau yang bakal diterokai. sangat tekun. ibarat belajar geografi dengan longitude dan latitude sekali diingatnya. haha

eh jap, nak bagitau yang kitorang pergi singapore bukan lalu yang woodland tu tau, tapi lalu jalan lain. selain laut, udara dengan darat yang lalu woodland tu, ni lah satu2nya jalan lagi satu yang boleh masuk singapore. aku barulah tahu. punyalah ingat awal2 tu diorang akan lalu bandar jb semua kan. takdanya. huhu

then sebelum sampai tu sempat rehat kejap kat r&r gelang patah. dah dekat sangat dah. tapi rehat tetap rehat. haha. dan masa ni kitorang dapat hadiah lagi.

jengjengjeng..




nasi lemak buatan malaysia. sebelum rindu masakan malaysia kan, nak pergi obersi katanya, maka haruslah basahkan tekak dengan makanan malaysia sepuasnya. haha. singapore je pun ain. -.-''


happy us


kami turut mengambil kesempatan untuk mengisi form yang kitorang dapat tadi. tulis kat sini lah baru selesa. dalam bas gegor2 tak cantik tulisan nanti tauk? tauk bukan lauk.


saya sudah. anda bagaimana?


the form


dan siap sudah isi borang dan makan. perut kenyang hati pun senang tak kacau orang hidup tenang. panjang pulak. haha.

dan teruskan perjalanan lalu imigresen malaysia dan jugak singapura.


mia - wani - orang


kami di singapore. :)

and the next story will be continue soon. wait for us.
(drama sangat)





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...