Pages

the clown is here

:)

Sunday 8 September 2013

girls day out

Assalamualaikum..

hai hai hai. harini hari ahad. esok isnin. isnin pertama untuk 3rd year aku sebagai student di UTM sanjungan bangsa itu. lajunya masa ni. T_T

dan harini masih sempat update blog. saja gagahkan diri update jugak harini. sebab kalau tak bila lagi. mungkin tunggu next cuti nanti. sanggup korang tunggu? haha

kisah harini pasal semua sayang2 saya. sweet sangat. auww. 

siapakah mereka?


amah - aku - nana - zura


hoiiii semoranggg. zura ada wei. tolong excited sama2 plisssss.
haha. aku sangat excited nak jumpa zura. nana dengan amah tak sangat. haha. kongajo sangat. bukanlah macam tu. cumanya si zura ni aku dah lama gila tak jumpa. sejak masuk uni terus tak jumpa. almaklumlah zura kan orang melaka. -,-''

masa dorang datang jemput aku kat rumah, zura yang keluar panggilkan aku. aku depan gate je dah jerit. terlebih excited. terlupa ada jiran tetangga. haha. masuk2 kereta je kena sound dengan nana. nana memang tau. suka dengki dengan aku. haha. 

lepastu bergerak lah kami. mula2 dorang nak pegi jusco taman u tau. aku nak nangis rasa masa dorang kata nak pegi taman u je. tolonglahhhh. jangan bagi aku feel balik u sangat boleh tak. ngada ah dorang. T_T

aku apa lagi, mana boleh biarkan. terus pujuk amah selaku driver. dan akhirnya memberi hasil seperti yang diinginkan. haha. terus tukar plan pergi jusco tebrau. aku adalah suka. terloncat2 dalam kereta. haha. tapi yang kembali menyedihkan, kami semua tak tau jalan. jom nangis balik. kitorang semua tau sebenarnya (nak cover), cuma kitorang tak tau jalan yang lebih dekat je. haaaa baik punya cover line tak? haha

last2 semua ikut kata hati masing2. nasib baik betul. haha. dan sampai2 je terus cari makanan. baju ke skirt melambai2 kitorang buat2 tak layan je. yang penting perut ni kena jaga. merajuk susah nanti. so marilah ke sushi king.




nasib baik sangat kami. walaupun lunch hour tapi sushi king tak ramai orang. eh ramai jugak, cuma tak penuhlah. masih ada tempat. sukalah kami.




sambil makan sambil cerita macam2 sambil gelak2. semua buat2 lupa yang semester baru dah nak start dah. haha. paling kesian adalah zura. dia baru je cuti seminggu. sebab dia ada praktikal masa cuti tu. sebab tu raya kitorang tak dapat jumpa dia. sedih kan kisah zura ni. huuuu.. 




oleh sebab zura jarang masuk blog ni, mari letak gambar dia banyak2 sikit. hehe. zura ni kawan baik aku sejak sekolah menengah lagi. masuk matrik pun dengan dia je. sebelum masuk u pun dengan dia jugak. isi borang lah, bayar itu ini lah, pergi cop sana sini, semua dengan dia. kemudian, sejak kami masuk u, kami terus tak dapat jumpa. ni tak adil. kenapa pisahkan kami?? kenapa?? dengki sangat lah kan?? suka lah kami macam ni?? (emosi tak stabil tetibe dah kenapa) 
-..-


sebelum


selepas


dan kami..


aku dan zura



amah dengan nana


they're a true friends. they're a good friends. they're my friends.
semoga persahabatan kami kekal selamanya.
ameen..




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...