Pages

the clown is here

:)

Friday 7 March 2014

ratu serangga

Assalamualaikum..

tadaaaa..




berdasarkan gambar di atas, yang mana satu ratu yang mana satu serangga?
ok tak lawak.

perkenalkan kawan saya, nama dia syida. ada yang berminat? boleh pm saya di facebook. tapi pastikan anda CEO atau apa2 yang setaraf dengannya, hanya tu yang layak untuk beliau. huhu.

apa kaitan syida dengan ni cerita?
meh sini meh nak cerita sikit.

aku tak tahu lah nak mula macam mana. tapi syida ni comel. dia comel sebab dia takut segala jenis serangga yang wujud dalam dunia ni mungkin. dan aku pulak pencinta serangga. ahaaaa nampak tak hubungan kitorang. 

kalau dulu masa first year, bilik kitorang dekat je. dan setiap kali bilik dia kena serang dengan serangga tak kisah lah yang kecik, yang besar, yang terbang2, yang duduk diam ke, nanti dia mesti datang bilik aku minta tolong halau. dan waktu2 macam tu, aku rasa aku adalah manusia paling berguna dalam dunia ni. terus riak sikit. huahuahua

pernah masatu nak pegi kelas, aku tumpang kereta amy. tetibe kat kereta amy ada labah2 kat pintu dia tu. mungkin dia selesa kat situ kan macam gelap2 sikit kan. eh memahaminya aku dengan binatang ni. haha. aku tolonglah halaukan sebelum kang nanti ada benda yang tak diingini terjadi gara2 terkejut masa drive. dan masatu selain riak, aku rasa macam hero jugak lah. boleh kot kan ada perasaan macam ni. tak selalu sangat pun. ihiks

oleh sebab minat ni, aku pernah lah jugak kena kejadian yang tak diinginkan. korang bolehlah imbau kembali kejadian tersebut kat sini ye. kejadian memalukan tersebut tak akan mematahkan semangat aku. kasih dan sayang aku terhadap golongan serangga ni takkan pernah putus. ecehhhh ayat gua. power jugak rupanya. haha.

dan dengan ini, saya menggelarkan diri saya sebagai..

RATU SERANGGA
*sambil mendongak ke langit mendepang tangan dan menghayati angin sepoi2 bahasa*

yeahhh!!!



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...