Pages

the clown is here

:)

Wednesday 9 April 2014

Steamboat

Assalamualaikum..

cuti sekolah adalah masa yang ditunggu-tunggu. bestnya tak tau nak cakap macam mana bila tiba cuti sekolah ni. padahal diri sendiri bukan layak merasai cuti sekolah lagi pun. tapi sibuk jugak nak tumpang cuti orang lain. huahuahua.

cuti sekolah 2 minggu lepas dapat lah jugak aku merasa sehari kat rumah dengan adik-adik. balik sabtu malam ahad, pagi ahad tu balik semula ke UTM. jadi lah walaupun tak berapa jam sangat kat rumah. tu pun nasib baik ada kelas ahad tu. kalau tak faham-faham jela. hikk

dan apa yang kami buat??


apa kau jeling dik??


steamboat time. hoyeh hoyeh.

patutlah mak sibuk tanya steamboat mana best semua. rupanya adik bising nak makan steamboat. dah tu tak boleh tunggu hari lain pulak tu, malam tu jugak nak. at last angkut aku kat UTM, makan kat steamboat bandar putra dan sempat balik rumah dulu baru esoknya balik UTM sebab tiba-tiba ada kelas pulak pagi ahad tu.tapi nasib baik lah ingat aku lagi. kalau tak mau merajuk cuti sem taknak balik rumah. -.- mampu ke masalahnya? kah.

lokasi adalah steamboat bandar putra depan hospital kulai. sebelah2 dia sikit ada gym 3 tingkat. haha nampak sangat tak tahu nama kedai sebenarnya. siap mention lokasi terus senang korang nak cari kan nanti.

yang penting harga sangat berbaloi compared dengan lain2 kedai steamboat aku pernah pergi. kat sini cuma RM17 per person. kalau budak2 bawah 12 tahun RM10 je per person. makan ikut suka, ambik je semua sampai kau kenyang, sampai kedai nak tutup pun boleh. senang2 tolong tutup kan sekali. kot2 dapat makanan yang lebih2 tu. tionggg


adik


budak paling bahagia malam tu adalah adik. sebelum cuti sekolah lagi dah bising nak steamboat sebenarnya. mak kan biasalah mana sampai hati kalau anak2 dah sibuk tanya2 ni. mesti nak jugak cuba dapatkan apa yang anak2 minta.


mak yang cantik menawan


terima kasih mak.


abah yang hensem bergaya


terima kasih abah.


Abude


abude pun ada. cuti sekolah kan. yang tak ada cuma Amal sebab dia kerja malam tu. yang ni kitorang pergi ni pun entah dia tau ke tak. yang penting mak kata jangan bagitau amal. kahkah. maksudnya dia tak tau lah kot kan. habislah kalau dia baca blog ni. terus kantoi. tak apa kitorang akan buat2 lupa je semua pernah makan steamboat malam tu. ihiks




dan aku.

adik2 mak semua bising suruh duduk makan. sebab aku sibuk dok bakar tu bakar ni, yang lain je yang makan. abude siap sound lagi, "apa yang kau sibuk sangat tu kak, duduklah, makan."
hamboi. masalahnya kalau aku duduk makan, siapa yang nak tolong bakar? dah yang lain semua sibuk menikmati makanan. T_T

ok dah lapar balik tengok gambar2 ni. tsk



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...