Pages

the clown is here

:)

Sunday 3 August 2014

Raya 2014

Assalamualaikum..

eh hai. dah lama tak muncul tau2 dah raya je kan. haha. 
Selamat Hari Raya kawan2. mohon ampun semua salah silap. yang sengaja mahupun tak. yang zahir mahupun batin. semuanyalah. minta halal segala harta, tenaga, wang ringgit. kalau yang tak mampu nak halalkan mohon perjelaskan mana2 bahagian yang aku tak perasan ke apa selama ni terhutang lama bebenor tak sedar2 diri nak bayar balik ke apa eh. almaklumlah manusia biasa. kadang2 lupa. masa pinjam ingat pulak. huhu. tau tau tau?

cerita raya tahun ni seperti raya2 sebelumnya. tak ada kisah menarik yang mampu dikongsi. bukan raya kali ni tak menarik. cuma takda lah kejadian terlampau menarik macam kena langgar lembu lalu dioffer ubat batuk hurix oleh orang kampung ataupun anak lari tinggal rumah atok nenek taknak balik ke, semua tu takda. so aku anggap raya kali ni masih sama seperti tahun2 lepas. heee :D

raya pertama masih di rumah. lepas sembahyang raya, makan2 sikit. lepastu sesi minta ampun minta maaf minta duit raya. dan terus berdesup balik rumah nenek kat taib andak. dan kat rumah nenek sampai tengah hari lalu ke kampung batu pahat lah pulak. 


mak saya - saya - abah saya


gambar raya keluarga untuk raya pertama tak sempat ambik. lagipun sapa nak ambikkan gambar tu kalau kat rumah. mana ada maid ke tukang kebun ke nak tolong ambikkan. so ambik gambar dengan mak abah jela dah cukup. dengan adik2 sesi lain. hehe.

#theNAIM


 ni dia dengan adik-beradik.masa ni dah kat rumah nenek dah. sedara mara yang lain baru nak makan. kitorang perut dah kenyang so duduk tepi ambik2 gambar je. huhu.

 tema tahun ni kelabu untuk team lelaki, purple untuk team perempuan. haha. tapi sebenarnya kitorang tamak kot, dua colour sekali nak. yang perempuan tudung kena kelabu sebab nak matching dengan lelaki. yang lelaki pakai samping purple nak matching dengan perempuan. tamaknya. tamak tamak. ish

dari rumah nenek balik ke batu pahat. oh ye, bestnya tahun ni mak il balik raya. setelah 9 tahun tak balik kampung beraya, akhirnya tahun ni mak il balik raya. syok bila ramai2 berkumpul. kalau tak kena tunggu majlis kahwin sedara mara baru dapat kumpul ramai2. raya kali ni jadi best sikit sebab ada diorang. 


raya kedua


raya kedua dah nak balik rumah semula dah. dan masa ni baru sempat ambik gambar sekeluarga sebab dah ada tangan lain yang boleh snapkan gambar kitorang. haha. terima kasih kak un. muah ciked. haha.

sempatlah beraya rumah pak lan. malam tu dinner luar dan singgah rumah cik wah pulak. esoknya duduk rumah tunggu orang datang. raya ke4 beraya semula. rumah mak ode pulak. dan berakhirlah sesi beraya kami di situ sebab harini dorang semua dah mula kerja. huwaaa T_T


raya keempat


apa2 pun Alhamdulillah masih mampu merasa nikmat beraya. nikmat Syawal. sedangkan saudara kita sedang hadapi musuh Islam sejak Ramadan lagi. Syawal tiba mungkin tak memberi erti bagi diorang. yela mungkin ada yang kehilangan adik, abang, ayah, emak, kakak, nenek, atok, malah ada yang tinggal sebatang kara sebab semua ahli keluarga yang lain dah terkorban jadi mangsa kezaliman Israel laknatullah. bayangkan kita berada kat tempat diorang. tu je. selebihnya berdoa. doa doa doa. menderma bagi yang mampu. semampunya. inshaAllah Allah bersama mereka, dan kita semua. 



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...