Pages

the clown is here

:)

Sunday 28 February 2016

Famous Chicken Rice Ball In Malacca

Assalamualaikum..

Ha tak habis lagi entry pasal Melaka ni. Korang mesti rasa macam eleh pergi Melaka je punnn. Haha tapi takpa lah tak kisah aku nak jugak cerita.

Kali ni pasal tempat makan. Masa pergi haritu, kitorang sempat mencari makanan untuk lunch jela. Sebab pergi sehari je. Pergi pagi balik tengah hari macam tu. So lunch jela kena cari makan.

Lepas discuss dengan partner jalan2 aku kali ni, kitorang pun decide nak pergi makan chicken rice ball sebab bila google pasal best food in Malacca ni, memang akan terkeluar cadangan makanan tu. Lepas tu macam best je sebab sebelum ni tak pernah try pun. Jadi moh ler kita.


Ee Ji Ban


Awal2 tu masa nampak nama kedai Ee Ji Ban siap tulisan cina bagai mulalah nak was2 sikit. Tapi bila baca kat review semua rupanya kedai ni halal. Siap ada Jalan Jalan Cari Makan, Mad Markets semualah ada singgah and review pasal makan kat sini. Fuh lega. Kalau tak kecewa je dahlah memang tengah excited. Haha.




Nak makan kat luar boleh, nak makan kat dalam pun boleh. Masa aku datang tu ramai jugak orang Melayu tengah makan situ. Tengok je kat gambar atas ni, penuh keratan surat khabar yang cerita pasal makanan kat sini. Lepas tu siap tayang lagi rakaman JJCM dengan mad markets kat tv dia. Komersial habis. Haha

Menu dia ada nasi ayam biasa tu, rice ball, ayam ada setengah ataupun suku ayam (steam atau roasted), sayur2, sambal sotong, sambal udang dan banyak lagi lah.

Kitorang order ni. Tadaaaa


Kailan masak sos tiram, chicken rice ball, 1/2 ayam mixed roasted & steam, sambal sotong dan air


Masa order tu tanya lah berapa besar rice ball tu since kitorang first time kan, tak dapat nak imagine berapa banyak nak order. Then orang tu kata orang dewasa selalunya order sekali makan 10 biji, kanak2 5 biji. Satu biji tu RM0.30. Oleh sebab kitorang macam nak rasa2 je, kitorang order lah 10 biji dulu. Lepas2 tu boleh tambah lagi. Tapi bila dan datang macam ni, nasi dah habis pun tak jadi nak order, dok sibuk ratah lauk. Haha. Semua sedap. Berbaloi makan jauh2. Haha.


muka kenyang


Nasib baik lah wei perut tak nampak dalam gambar. Kalau tak memang jelas lemak berlipat kat tepi. Haha. Ayam tu ingat half sikit jela, tapi macam banyak pulak. Mungkin kena datang ramai2 lagi kot. Haha

Tapi memang sedap. Memang sesuai lah dapat gelaran "Famous Chicken Rice Ball in Malacca". Anugerah ni aku yang kurniakan. Haha.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...