Pages

the clown is here

:)

Saturday 27 February 2016

Jalan Melaka 2016

Assalamualaikum...

Siap ada 2016 okay tajuk. Sebabnya kalau tak letak nanti confuse jalan yang masa bila since pergi Melaka ni macam dah banyak kali je. Haha.

Hal ini terjadi pada minggu lepas. Saja lah berjalan sampai Melaka pulak. Tengok apa kot2 baru kan. Eh rupanya memang banyak yang baru dan lain dengan last time pergi.


Kita pergi dengan dia ni lah. ihik


Sampai je Melaka tempat pertama dituju adalah Dataran Pahlawan tu. Sebab senang parking situ boleh je pusing semua tempat lain. Lepas tu terpaksa beli kupon parking sebuku tu padahal nak parking berapa jam je alahai. Siap bincang ni nanti kita jual lah kat orang mana2 yang baru sampai. Muahahaha.

Lepas tu berjalan lah kaki menuju ke Kota A Famosa bangunan merah2 tu. Dulu pergi time sekolah kot last. Ramai gila pelancong kat sini. Mungkin dia ada group2 dia lah kan. Kitorang je macam apa jalan berdua. Eh who cares?


Dari tangga A Famosa


Lepas tu gigih panjat tangga nak naik atas tu. Ingat macam okay kot uncle2 tua tu semua boleh je panjat. Tengok macam tak tinggi sangat je. Tapi rupanya mengah jugak. Tula makan lagi makanan berminyak. Haha.

 Atas tu macam ada church apa entah tinggalan zaman portugis dulu. Ada patung dia besar jugak kat tengah tu kan. Ada kubur2 rasanya sekali kalau tak silap. Ada lah dia tulis sejarah sikit2. Ada lah orang tu orang ni punya nama. Tapi semua aku tak kenal. Buta sejarah. Haha.


Yang ni dari atas sekali


Kalau perasan dari sini boleh nampak laut semua. Menara Taming Sari tu memang dekat je so jelas lah kalau tengok dari atas ni. Cantikkk. Sukaaa. 

Menara Taming Sari tu pun macam dah tak ramai je yang nak naik. Dulu masa awal2 aku pernah lah pergi. Beratur dia sampai ke pintu masuk. Bukan main. Awal2 kan. Excited lah. Tapi masatu aku pergi jengah macam tak ramai je. Atau pun masa aku pergi je macam tak ramai orang padahal sebenarnya masih ramai je nak naik. Tu tak sure.


Selfie sikek


Kat atas ni lebih kurang je macam A Famosa bawah tu. Dia ada bangunan2 macam tu. Dalam tu ada lah orang busking ke apa. Ada jual2 cenderamata jugak. Tapi aku tak tergoda dengan semua tu Alhamdulillah. Paling tergoda pun topi lah sebab panas. Haha.


Dari dalam



Nampak tepi2 ada batu2 petak tu. Kat situlah dia tulis setiap nama orang yang dikuburkan kat sini. Dia explain jugak apa dia punya jawatan, apa dia buat untuk Melaka dulu2. Pusing sini dan acah2 minat Sejarah kejap. Ambik gambar mana macam cantik then turun balik.

Turun ikut laluan yang sebelah kanan pulak. Lepas tu pusing2 kat bawah tu pulak. Bawah ni memang penuh beca. Meriah je since memasing taknak kalah dengan lagu. Haha. Hindustan, dangdut, lagu baru semua ada wei. Nak naik takda maknanya lah sebab masa jalan sebelah pakcik beca sorang ni dia tengah promote beca dia lepas tu terdengar lah harga dia RM40 sekali pusing. So takpala jalan kaki lagi best. Haha. Tapi aku syak ada je lagi murah kot kan. Mungkin pakcik tu pusing jauh sikit ke apa. Haha.




Lepas tu ada jual2 jugak kat lorong tu. Tapi macam sunyi sikit lah area tu. Tak berapa ramai orang. Kalau lalu situ pun dia macam takdalah panggil2 kau ke apa. Rilek tenang je. Mungkin dah biasa kot takda siapa nak beli barang dia. Haha.

Banyak muzium lah area sini. Muzium apa je entah. Atas tu ada muzium. Bawah ni ada muzium. Tepi tu sikit ada muzium jugak. Eh banyak lah.


Pilih pilihhh

Beca pelbagai citarasa & jenama



Lepas tu duduk kejap sebab dua2 mengah dah. Haha. Dah lah tak bawak air. Pesen malas nanti nak gendong2 barang. Lepas tu nampak air pancut ni pun menyelerakan gila. Apatah lagi akak2 kelantan sebelah kitorang yang pegang air jus tembikai tu. Cryinggg


Acah hipster



Then berjalan lah lagi pergi kat tepi sungai tu. Nampak lah ada cruise semua. Besttt. Nak try naik rasa dia macam mana tapi hmmmm


Mampu menatap je signboard


Eh tapi jangan salah sangka tau. Sebenarnya RM15 je naik cruise ni. Dia ada beza lah kalau weekdays ke weekend semua. Tapi RM15 ni untuk weekend atau public holidays kalau x silap. So try lah. Agak murah kan. Lagi murah daripada beca tu kot. Haha.




Tepi sungai ni ada sekelompok meriam sedang bergembira. Haha. Kat sini nak ambik gambar ke apa cantik lah jugak. Tapi macam aku yang nak jengah tengok sungai pun terhalang tembok je baik tak payah. Haha. Meriam tu pun lagi tinggi daripada aku. Tembok belakang tu tinggi gila. Bukan dari tempat aku berdiri ni tau. Dari sebelah sana menghadap ke sungai. Tapi aku kena jinjit lah kalau nak tengok sungai tu. Kecewa.




Lepas tu berjalan jela sepanjang sungai tu sampai jumpa balik Dataran Pahlawan ni. Mula2 nak jalan Jonker Street jap. Tapi tak jadi patah balik terus menuju ke shopping mall tu bagi sejuk badan. Haha. Fikir nak makan mana apa semua. (Yang pasal makan next entry kot haha)

Dah berjaya decide nak pergi mana barulah balik semula tempat parking tadi. Naik kereta je menuju ke tempat pilihan. Yeay makan. 

See ya!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...