Pages

the clown is here

:)

Wednesday 24 August 2016

Kursus Kahwin

Assalamualaikum..

Hm kali ni meh lah cerita pasal personal life pulak. Asyik pasal makanan je. Tak pun pasal jalan-jalan kan? So kali ni tetibe ada mood nak throwback ke masa kursus kahwin tu hari. Tu hari tu adalah tahun lepas. Ok bai

Nama pun kursus kahwin, mesti orang tertanya-tanya kan siapa lah yang nak kahwin dengan aku ni. Haha. Siapa pasangan aku pergi ke kursus ni? Jeng jeng jeng






Haha. Takda orang lain. Memang dia ni jela yang rajin mengikut aku ke mana saja. Haha. Dah alang-alang dua-dua belum pergi kursus kahwin, terus lah kitorang register bersama. Sweet kan. lol

Kitorang ambik kursus tu kat UTM je. Dekat. Dan murah. Sebab harga student kot. Semua yang datang tu pun budak-budak UTM jugak. Yang masih belajar. Kitorang lain sikit. Time belajar fokus belajar, dah habis ni baru lah ambik kursus kahwin. Gitu. Haha. Padahal saja je. Tak plan pun. Hiks





Kursus kahwin ni dua hari je. Sabtu dengan Ahad. Cun lah kan, waktu cuti. Tak payah susah-susah nak kena minta cuti lagi.

Dia ada banyak slot. Pasal ilmu perkahwinan, kesihatan lah, preparation borang-borang segala bagai tu lah, pasal kekeluargaan pun ada. Eh macam-macam lah. Rasa macam tak cukup masa jugak lah. Sebab satu slot paling-paling sejam dua je. Mana nak sempat masukkan semua. 

Tapi best lah. Banyak ilmu dapat. Rasa macam belajar balik jugak semuanya. Dulu zaman bila kan belajar agama-agama ni. Ni macam refresh balik ilmu-ilmu tu. Patutnya macam lagi bagus kot ambik kursus ni bila betul2 nak kahwin nanti. So macam fresh lagi dalam kepala otak kan. Tapi takpalah taknak kelam kabut punya pasal, buatlah dulu. Nanti kita study balik apa benda-benda penting ni ok.










Hari kedua sambung balik slot-slot yang lain tu. Sampai ke petang. Dan akhirnya dapatlah sijil lepas selesai semua slot. Yeay dah boleh kahwin! Haha.




Ni lah dia budak yang dah berkursus tu. Tahniah dapat sijil. Bolehlah tambah dalam resume nanti. Ahaks



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...