Pages

the clown is here

:)

Sunday 21 August 2016

Mee Racun @ Batu Pahat

Assalamualaikum..

Hai hai hai. Sihat ke tak korang? 

Dah lah cakap pasal makanan lagi lah yok. Sebabnya aku macam banyak pulak koleksi tempat makan yang tersimpan dalam folder ni. Apa guna simpan sendiri kan. Baik aku kongsi dengan korang.

Ok perkenalkan...




Mee Racun yang terkenal kat Batu Pahat, Johor.

Nampak menggiurkan ke nampak macam beracun je? Lol

Aku ni cucu orang Batu Pahat. Tapi tak pernah pun nak mencuba mee racun ni sebelum ni. Bila ada member sorang tu ajak, laju jela.

Tempatnya agak tersorok. Dekat dengan terminal bas Batu Pahat tu. Dia macam area food court belah hujung sekali. Nanti nampaklah banner dia besar tulis mee racun. Dah nampak tu korang berhenti lah kalau nak try. Haha.

Pasal rasanya pulak. Hmm macam mana nak cakap eh. Dia macam mee kuah sos gitu lah. Takda nak manis sangat, tapi ada masam sikit jugak, pedas pun ada lah sikit. Yang best mestilah gear box besar tu ha. Kuah dia macam tak kena dengan tekak aku pulak. Tak tau lah orang lain rasa best je kot. Mungkin time tu tekak aku taknak bagi kerjasama sangat. Tu rasa macam pelik tu.

Kalau korang rasa tersinggah Batu Pahat dan nak try benda yang tempat lain takda, boleh lah try mee racun ni. Waze jela tempat tu nak bagi lagi senang jumpa. Ok.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...