Pages

the clown is here

:)

Sunday 29 January 2017

Azuuuuuraaaaa

Assalamualaikum..

Semua orang ada best friend, I guess. Macam aku, aku adalah seorang yang sangat tak ramai kawan. Haha. Macam ada takda je. Sebab masa aku banyak habis dengan family. Even time belajar pun dok sibuk balik rumah. Dan dari situ dah boleh agaklah, bila masanya aku nak bersosial dengan kengkawan. Jadinya, orang mungkin akan annoying lebih dengan orang macam aku. Sikit2 family kan.

Tapi takdalah takda kawan langsung. In fact, aku ada ramai kawan yang baik. Yang sentiasa tolong aku susah senang. Lepak bila ada masa. Borak bila boring. Semuanya ada. Masa belajar lagi lah. Berderet yang selalu tolong aku. Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan diberikan balasan baik yang lebih baik daripada apa yang diorang bagi pada aku. Murahkan rezeki semuanya. Ameen..

Tapi macam aku pernah cakap kat sini, aku sekarang lebih memilih. We have the right to choose kan? So why not we choose? Pilih apa? Pilihlah kawan2 yang baik. Yang tau susah kau, dan masih stay untuk membantu dan bagi semangat. Yang boleh dengar kau nangis dan dia pun sama2 nangis, tapi lepas tu buat lawak bodoh sebab nak bagi kau happy balik. Haha.

Sebab bila dah dewasa ni (ehem), we will appreciate quality more than quantity. What purpose to keep a friend yang kau tau dia jenis kaki kutuk member, depan cakap lain, belakang cakap lain ye dak? Kau akan tersedar yang, kalau dengan kau dia boleh cakap buruk pasal kawan dia yang depan2 dia macam nice kawan baik je, kenapa tidak dia kutuk kau jugak dengan kawan dia itu. Ha. Faham ke ayat aku ni? Jap aku reorganize balik ayat tu bagi tersusun. Ok dah. Haha. Sama jugak situasi bila kawan yang ada tu hanya untuk bergembira je. Bila susah tak muncul tiba. Ibarat menunggu kucing bertelur. Haha. I know it's quite cliche tapi tu lah hakikatnya.

So you got to choose sayang sayang ku (gaya Dato Sri Vida please)

And as for me, I found one. I hope she's the one. Kalau bukan jugak, tak tahu lah nak kata apa. Haha.


Her name is Nur Azura Binti Ithnin. Hmm bagi lah full name terus. Kot ada yang baca ni lelaki, berkenan pulak tu. Boleh siap2 praktis ehem. Haha.

Oh ye dia single. Hatinya keras untuk dicintai. Namun, insan yang berani mampu mencairkannya. Ibarat kerak nasi, lama2 lembut jua. (Fynn Jamal kot gini, ke tak?)


Entah apa entah dia ni baik sangat dengan aku. Dia tak dapat apa pun. Tapi baiknya macam lah aku ada harta nanti kalau mati boleh wasiatkan atas nama dia. Haha. Everytime tanya dia kenapa baik sangat dengan aku, dia mesti jawab sebab aku pun baik dengan dia. Macam tu jugak bila dia tanya aku soalan yang sama. Last2 dua2 jadi baik. Eh senangnya dunia ni. Takda pancaroba langsung kalau semua orang macam kitorang.


Kitorang kenal sejak Form 2. Form 1 aku sekolah lain, which in fact sekolah yang sama dengan dia jugak. Tapi time tu tak kenal pun. Lepas dua2 pindah sekolah yang baru, barulah kitorang berkenalan. Tak silap first sekali jumpa bila aku nak pergi kelas dan dia yang tolong tunjukkan jalan. Padahal kelas yang sama. Ceh


Matrik pun kitorang matrik yang sama. Kolej Matrikulasi Johor (KMJ). Zaman ni lah paling banyak kacau dia. Sibuk2 datang bilik dia. Kacau dia buat assignment atas katil dia tu. Gelakkan orang lain macam apa. Dah macam jadi roommate tambahan dia pulak. Pulak tu kitorang memang duduk satu level je, blok yang sama. Bilik dia jauh berapa langkah je dari bilik aku. Haha. So memang laju jela kaki ni singgah bilik dia. Nak pergi toilet akan lalu bilik dia. So sempat singgah dulu sebelum pergi toilet. Kadang sampai lupa nak buat apa pergi toilet tadi. Haha.


Bila masuk uni, kitorang dapat uni yang berbeza. Dia UTEM, aku UTM. Dia masih setia dengan bidang dia, dan aku pulak dah terpesong ke bidang akaun pulak. Tapi semua tu tak memutuskan hubungan kitorang. Setiap kali cuti akan ada masa2 kitorang jumpa dan spend time together. Share semua benda dan surprisingly boleh je relate dengan masing2 punya cerita. Padahal uni lain2. Tak kenal dan tak faham apa yang masing2 cuba cerita. Tapi macam dapat rasa je.


Awal2 belajar aku guna handphone cabuk je. Takda watsapp apa bagai. Bila dah dapat handphone baru yang ada watsapp, barulah dapat berhubung dengan lebih rancak lagi. Rancak cemana tu biarlah rahsia. Mostly ke arah benda yang tak baik (i.e. kutuk member). Haha. Jangan lah contohi persahabatan kitorang ni. Hmm


Dan sekarang dia dah jadi engineer yang berjaya. Aku sangat bangga dengan dia. Serius lah macam kagum apesal dia boleh survive eh jadi engineer. Serius gagah perkasa awek ni (Up member lagi nampakkk). Haha. Alhamdulillah dua2 kerja kat Johor. So weekend ke apa memang menyempat je nak jumpa, lepak dan sebagainya. Haha.


Harap persahabatan ni kekal sampai bila2. Esok kalau dah kahwin pun harap masih dapat jugak lepak selalu macam sekarang (Harap Faiz baca yang ni banyak kali). Haha. Harap Zura dapat jodoh dengan kawan2 Faiz jugak so dapat lepak sekali. Muahaha. Dan harap kalau dah ada anak dapat dijodohkan supaya kita berbesan. Tu pun kalau anak tak pesen memberontak tak suka dengan pilihan keluarga. Haha.

Ok esok kalau dah ada cucu, akan diperkenalkan Nenek Zura ni pada diorang.
"Cu, nenek Zura ni lah yang dulu banyak tolong nenek. Dia bagi pinjam duit masa nenek takda duit masa study. Esok kau jangan lupa bayar balik hutang2 nenek kat dia ye cuuu... Uhuk uhuk."

Saya akhiri post kali ni dengan...

Azuuuuraaaaa, ada sinaaarrrr di mataaaa muuuu..




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...