Pages

the clown is here

:)

Sunday 5 February 2017

Hiking @ Gunung Pulai

Assalamualaikum..

Happy Sunday!

Bestnya hujung minggu memang semua tak dapat nafikan. Macam2 plan dalam kepala sepanjang minggu tu macam nak buat semua masa weekend kan? Tapi sampai weekend tetibe malas melanda. Rasa baik duduk rumah layan drama ke tido ke, lagi best. Haha. Tu aku lah.

Tapi taknak lah nampak macam useless sangat hujung minggu aku ni. So update lah sikit blog ni. Tengok macam boleh bebel banyak je ni. Haha.

Ni kisah 2 bulan lepas. Hmm lambatnya update. Rilek ah. Ada orang cerita tahun lepas pun dok ungkit lagi. Haha.

And yes, tengok tajuk dah tau. Cerita hiking kat Gunung Pulai.

Dan seperti biasa jugak. Peneman aku buat benda2 macam ni adalah...


Budak ni jela rajin layankan. Haha. Berzaman nak naik Gunung Pulai ni. Sebab dekat je dengan rumah. Lepas tu nampak pulak ramai dah naik. Bukan main lah semangat dia. Acah stamina kuat sangat. Haha. Tapi setiap kali plan nak naik mesti tak jadi. Faiz ni dah datang berapa kali entah baru kali ni berjaya jugak naik gunung ni. Nasib baik naik jugak. Kalau tak sentiasa lah "KIV".

Gunung Pulai ni dulu dia tutup kejap sebab banjir. Dah lama dulu lah. Masatu aku pun kecik. Sekolah rendah kot. Kalau tak dulu boleh je orang datang mandi2 semua. Tapi sekarang dia dah bukak balik lah. Cuma tak sama macam dulu lagi.


Yang atas ni yang paling excited nak naik gunung. Tapi pancit. Haha.

Pintu masuk Gunung Pulai ni dia tutup. So masa nak masuk tu korang kena lalu jalan tikus tepi tu. Macam nak curi2 masuk pun ada jugak. Gate dia tu dia bukak untuk kenderaan tertentu je rasanya. Ataupun ada masa2 dia bukak ke apa. Tak sure. Tapi masa aku datang tu memang kena panjat tepi tu je.

Nak cerita sikit masa awal nak naik tu. Aku dah siap2 bawak air botol besar dah. Tapi dok yakin je macam kejap je naik, so tinggal je air tu dalam kereta. Yakin tauuu. So naik berlenggang jela dua orang ni. Sekali dah start hiking, fuhhh terbayang2 macam2 jenis air dalam kepala. Air terjun tu nampak sejuk je. Haih. Korang bolehlah jadikan pengalaman kitorang ni sebagai iktibar. Haha.



Sebenarnya nak kata hiking betul2 macam panjat gunung tu pun tak boleh sangat sebab trek nak ke atas tu jalan tar je. Sebab ni laluan kenderaan. Ada je kenderaan naik turun gunung ni. So kitorang pun expect naik gunung ni senang je. Sebab bukan trek hutan betul kan. Tu pun antara sebab kitorang tak bawak air naik sekali. Tapi sangkaan kitorang makin lama makin meleset. Macam ekonomi sekarang jugak. Eh tetibe.


Dua2 memang pancit jela sepanjang perjalanan naik tu. Berapa banyak kali entah rehat. Haha. Asal nampak tempat boleh duduk je kitorang stop. Nampak mudah je. Tapi sengal jugak lah kaki ni nak naik lagi ke atas tu. Asyik dok ulang je bila nak sampai, bila nak sampai *Sambil seret kaki*. Tapi dalam hati lah. Depan Faiz kena tunjuk gagah. Haha.


Serius unexpected tau punya tinggi gunung ni. Ada certain peak tu memang fuhhh tegak habis. Berapa darjah jangan tanya. Tak check. Haha. Tapi setiap kali tu cakap kat diri sendiri "Okay dah nak sampai, lagi sikit je". Faiz lagi banyak kali cakap macam tu. "Lagi sikit je", "Ha tu dah nak sampai puncak dah". Eh banyak kali lah kena tipu, tak sampai2 punnn. Haha. Tapi kalau tak kena tipu macam tu memang aku dah turun balik dah. Lemah semangat betul.


Dan punya lah nak motivate diri sendiri bila tengok ada nenek2 ke atok2 ke yang dah turun balik. Semangat terus naik mencanak2. Diorang boleh kenapa aku tak boleh kan? So teruskan jugak perjalanan sampai ke atas. You can do it!

Ada satu chinese girl ni lagi best. Dia dari awal naik tu kitorang memang ada bertembung dengan dia. Macam kejap dia depan, kejap kitorang belakang dia. Dia dengan sorang uncle ni dah tua jugaklah. Aku tak tau dia kerja apa lah tapi dari awal tu dia naik dengan rilek berselipar je, siap bawak beg besar macam beg sekolah tu. Lepas tu pegang buku sambil bercerita dengan uncle ni, macam tengah menghafal pun ada. Tapi serius salute kat dia. Rilek je macam dah hari2 naik gunung. Haha. Sampai ada satu kali tu datang kat kitorang tanya pukul berapa dah, sebab pukul 2.00pm dia ada meeting. Time tu dah pukul 12.00 something lah tak silap. Tapi dia boleh je lagi teruskan naik. Eh tak faham lah. Haha.


Tadaaaa..

Punya push diri sendiri dan atas semangat tu, akhirnya sampai jugak ke puncak. Tapiiiii gambar atas ni bukan gambar kat puncak pun. Puncak dia tu ada kem askar. Tak boleh masuk. Berpagar siap. So kitorang masa sampai atas tu macam blur. Lahhh gini je ke penat2 naik tadi? Sebab apa kitorang dua imagine macam sampai atas tu nampak view bawah semua macam tu kan. Tapi bila tanya orang kat situ dia kata memang tak boleh masuk. Hek eleh. Dahlah merajuklah. Turun balik.


Muka happy kononnya. Padahal nak menangis dah kaki sakit. Haha. Ni masa naik jugak. Dah nak sampai puncak lah ni. Tapi ada satu port ni boleh nampak semua bawah tu. Jadi lahhh. Daripada takda kan. Haha.

Part nak turun pun menangis jugak. Haha. Sebab dia curam. Jadinya nak menahan kaki tu yang sakit tu. Dengan dah mula panas. Sebab kitorang naik dah nak pukul 11.00 macam tu. Sampai atas mungkin dalam pukul 1.00. Bayangkan? Dah tengahhari. Nasib baik banyak pokok takdalah terasa panas tu. Tapi terasa jugaklah kot. 


Masa turun tu memang dah slow lah. Tapi tak banyak rehat. Sebab nak cepat2 dapat air. Haha. Air nunnnn jauh di bawah dalam kereta dok helok sangat pergi tinggal pasaipa. Lepastu on the way turun tu jumpa macam satu mata air ni. Sejukkkk. Dapat cuci muka pun jadilah. Nak minum pun ada. Tapi bila teringat masa naik tu ada baca papan tanda remind jangan minum air terjun ni sesuka hati. Kang terkena jangkitan apa2 pulak kang. Terus tak jadi. 

Lepas tu punya lah nak air terjun dia sebab dah rasa mata air tadi sejuk bukan main kan, gigih masa turun tu nak jugak rehat kejap kat sungai dia.


Buat muka kesian sikit. Dapatlah main air. Haha. Time ni ya Allah nikmatnya tuhan yang tahu. Sejuk kaki dapat main air. Rasa nak je berendam dalam tu. Tapi apakan daya, rendam kaki je mampu.

Dan akhirnya we made it!


Muka dah habis penat lah tu konon. Haha. Ni konon ada hati turun gunung nak main badminton pulak. Terus okay. Berangan. Haha.

Turun2 je benda pertama cari adalah air. Bawah tu ada gerai2 makan. Warung lah macam tu. Orang kampung bukak. So kitorang terus je menuju ke situ, beli air tin paling sejuk dan paling sedap sekali dalam dunia. Waktu tu bagi air apa pun sedap. Haha. Tulaaaaa. Belagak lagi taknak bawak air.

So korang kalau teringin nak naik gunung ni atau gunung2 lain, janganlah lupa bawak air. Tu pesanan penaja. Kalau rajin atau rasanya macam lebih baik, bawaklah bag pack siap2 letak segala yang perlu dalam tu. Air ke, ubat ke, tuala ke, apa2lah yang perlu. Untuk kecemasan. Okay?



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...