Pages

the clown is here

:)

Tuesday 29 August 2017

Murtabak Cheese Majid Kg Kurnia

Assalamualaikum..

Makan lagi. Ok jangan kecam sis sebab sikit-sikit makan je. Dah tu hobi nak buat macam mana. Haha.

Sekali lagi makanan best area JB ni. Agak dikenali seluruh Malaysia. Amboi. Haha. Murtabak Cheese Majid kat Kg Kurnia, JB.

Kalau korang waze je memang jumpa tempat ni. Dekat dengan Kebun Teh, dekat dengan Larkin, dekat dengan apa lagi entah. Lol. Tapi senang cerita kalau dah kat area JB ni memang senang dah nak jumpa, ikut je waze tu tunjuk ke mana.

Kat sini menu ada macam-macam. Maksud aku menu murtabak ni lah. Ada yang biasa, ada yang cheese. Lepas tu kalau cheese tu pun ada lagi dia punya peringkat menu dia tu. Ada biasa, ada special, ada jumbo. Aku rasa perbezaan tiga-tiga ni adalah kemeriahan cheese dia. Paling meriah haruslah paling mahal. Dan ada tiga jenis murtabak, ada ayam, daging, dan kambing. Boleh lah pilih ikut mana tekak tu berkenan. Nak try semua pun boleh.




Nyums.

Yang aku try kat atas tu special punya. Kambing special kalau tak silap. Cheese dia sumpah meleleh. Bila nak ambik tu tarik macam makan pizza tu. Sila bayangkan. Muahahaha. Tapi biasalah bila lambat sikit dah keras sikit cheese dia. Jadi makan panas-panas baru best.


Gooooooddd

Dan kat sini style dia, korang datang, dia ambik order murtabak apa, air apa semua, nanti dia hantar direct ke meja. Tapi dia hantar murtabak dengan air tu je. Kuah ke sambal ke apa semua kena ambik sendiri. Self-service. Kat tengah tu ada lah satu balang besar untuk kuah dia. Ada sos dengan timun jugak. Ikutlah selera masing-masing nak makan macam mana. Dah habis makan, pergi kaunter, tunjuk meja nombor berapa, dan dia bagitau total harga semua.

Kalau rasa nak tapau bawak balik, atau memang taknak makan kat sini, boleh beli kat depan kedai ni je. Ada dia jual yang dah siap bungkus. So senang. Beli lepastu belah. Tapi takdalah drive thru eh. Haha.

Ok thanks again for reading. Silalah mencuba murtabak cheese kat Kg Kurnia ni. Kalau takda geng ajaklah aku. Hiks



Wednesday 23 August 2017

Restoran ZZ Sup Tulang

Assalamualaikum..

Restoran ZZ Sup Tulang ni rasanya tak perlu dah kot diperkenalkan. Dah famous siap ada cawangan banyak lagi area Johor ni (tak sure luar Johor ada tak). Artis pun bukan main ramai dah melantak kat sini. Rakyat marhaen apatah lagi. Tapi aku nak jugaklah share experience makan kat sini.

Nama restoran je dah sup tulang, so memang yang main dish dia sup tulang lah. Tapi ada menu lain. Dan aku paling suka mee rebus dia. Kat sini ada jugak ayam penyet, western food pun ada. Jadi banyaklah jugak pilihan dia.




Konsep kat sini agak menarik. Ada meja yang boleh duduk bersila. Ada yang boleh duduk kat kerusi. Bumbung semua atap nipah punya style. So sejuk je walaupun kau makan tengah-tengah hari buta. Haha. Tapi kipas pun memang ada disediakan. Bukan takda langsung dengan harapan angin sepoi-sepoi bahasa sentiasa ada. Kipas ada okay. Aircond jela takda.


Tengok tu bumbung dia.

Masa aku pergi ni ramai orang, walaupun dah pukul 3 lebih. Mula-mula tu ingatkan nak feeling-feeling makan kat rumah bersila kampung style gitu, sekali tengok meja-meja macam tu semua penuh. So duduk jela kerusi biasa. Tak kisah lah semua tu. Ada yang lagi penting daripada tu semua.

Apa dia?

Of course lah paling ditunggu-tunggu mestilah makanan dia. Perghhh. Telan air liur ke tak tu?




 


Kalau nak order macam aku makan ni, boleh cakap nak mee rebus tulang. So dia akan bagi sebijik macam ni. Dia punya tulang tu akan dapat dalam 4 ketul. Tapi aku punya 3 ketul je. Cis.




Pergi time ni dengan adik dengan mak. Tiga-tiga order mee rebus tulang ni. Adik cakap sebab sup dah selalu masak kat rumah. So bila makan kat luar ada menu lain ni dia nak try yang lain lah.




Mak pun macam puas hati makan mee rebus ni. Tengah penat balik kursus, dapat makan pulak sedap macam ni. Sengihlah dia. Tapi muka still muka penat. Sabtu pun kena kerja kan, kesiannnn.

Dan proses membersihkan mee rebus pun bermula. Adik memang feveret dia lah kalau tulang-tulang macam ni. Dia akan cungkil habis segala isi dia. Memang berbaloi bawak dia ni. Dengan orang lain punya makanan sekali dia sapu bersih. Haha.

Korang tengok jela perangai adik aku tu. Korang tengok pun confirm kenyang.


Angkat siki tulang, bagi clear mee semua.


Okay dah clear segala mee, bolehlah bersihkan tulang pulak.


Sedut sikit bahagian dalam tu. Ada banyak sum-sum dia. 


Dan saya pun bahagia. Tamat.


Belum tamat sebenarnya. Pinggan aku dia tarik jugak, pinggan mak pun dia tarik jugak. Semua dia kasi licinkan habis-habisan. Haha. Puas hati orang belanja makan macam ni. Berbaloi setiap sen.

Oh ye, setiap mangkuk kalau order tulang ni, dia akan bagi straw bagi senang nak sedut tu. So tak payah korang susah-susah fikir macam mana nak sedut dalam part paling sedap tu kan. Haha. Tak payah jugak korang gadaikan straw air minuman korang semata-mata nak sedut tu. Haha.

Oleh sebab itu jugak, kau bising macam mana sedut sum-sum tu orang sekeliling takda hairan pun. Sebab semua sama. Tak payah cover cun sedut lemah lembut ke apa. Semua orang memang confirm sedut sampai bunyi punya. Lepas tu takdanya nak acah-acah pakai sudu bila nak operate tulang ni. Semua pakai tangan je. Baru puas.




Tu muka aku puas jugak tu. Lol. Selamat mencuba semua.


Tuesday 22 August 2017

Nasi Ayam Penyet Bakar Kempas

Assalamualaikum..

Korang jangan salah baca pulak tajuk tu. Bukan nasi ayam penyet tu bakar kempas, bukannnn. Ni ayam penyet bakar, dekat kempas sana. Nama kedai tu Restoran Ayam Penyet Pak Ri. Dia deret-deret kedai biasa je. Sebelah bengkel kot tak silap. Kalau aku yang tak tau pasal kedai ni, nak pergi sendiri sorang-sorang, rasanya tersilap jugaklah. Tapi oleh sebab pergi orang bawak, so jumpalah kedainya.

Aku pernah makan situ dua kali. Dua kali tu jugaklah sedap gila. Cuma yang first tu pedas gila sampai menitik jugaklah air mata ni ha. Yang second time tu dah boleh handle lah kepedasan dia. Haha.

Kenapa ayam penyet bakar? Sebab ayam dia dibakar lah. Tu pun nak kena bagitau ke? Hmm. Kat sana actually ada jugak ayam penyet biasa, lele penyet tu semua. Tapi aku pernah try yang bakar ni jela.




Dia lain sikit daripada ayam penyet biasa tu. Sambal dia sambal kicap, lepas tu ada cili-cili sikit, ada bawang, semua dia curah atas ayam tu sekali. Sambal kicap tu manis je time kau makan, suap ke mulut. Tapi bila dah makan, baru rasa pedas berapi dia. Tapi kau akan still letak banyak-banyak jugak kuah kicap dia tu. Sebab sedap dan barulah tak rasa kering sangat. Dia punya pedas tu kau tak tau berpunca dari mana pun tak sure lah. Tapi tiba-tiba pedas je.




Aku pernah cuba sate kicap dia jugak.  Yang belah kiri kuah melimpah ruah tu. Sate dia pun sedap. Kuah dia kuah kacang. Ada kicap jugak. Sedapppp. Pun ada jugak bawang-bawang macam tu. Dan agak besar lah daging dia. Puas hati kalau makan secocok tu.




So sesiapa pergi area kempas ni, ataupun JB ke, bolehlah singgah kedai tu. Waze je Restoran Ayam Penyet Pak Ri, nanti jumpalah. Tapi tak janji lah waze bawak pusing mana entah nanti. Kau orang ikut jelah dia ok. Haha.


Thursday 10 August 2017

A proud lady, yes I am.

Assalamualaikum..

It's good to be proud of ourselves sometimes. To be honest, it's more to "Riak". Haha.

Customer service is a real tough work I guess. Lagi-lagi untuk company besar. Lagi-lagi bila ada nama. Lagi-lagi bila jumpa customer yang sepesen nak betul je, macam aku. Haha. And for those in this area, yang buat kerja dia betul-betul, I really salute you guys.

Just to share my experience with this one well known company. Taknaklah sebut but surely kalau bagi hint je terus semua tau since everyone sekarang rasanya akan gunakan perkhidmatan ni. So better kita ***** kan dia je. Haha.

First thing I don't satisfy with its service is about the main service itself. We as the customers pay monthly fee for sure lah nak enjoy the service kan? Tapi the service they provide now became worst. Nothing is special as compared to the monthly payment we have to pay. So tu satu hal. Tapi it's okay lah this part since it's our choice to use their service or not. Bila dah decide nak kan servis dia, so kenalah bayar kan? So it's okay. (Try to calm down)

But  here the second problem.
Whenever we pay a bit late, there will be another charges called as reconnection fee (since the service is disconnected due to late payment). Even only one day late, there will this charge. And even the service is not disconnect and run just like usual, tapi still got to pay for this so-called "Reconnection Fee". Ok ok ok. I know, memang kena lah kan sebab bayar lambat ke apa tu semua salah sendiri.
BUTTTT THE WORST is this payment is auto-deduct to my bank account. So why did they deduct to my account after the due date? Is it purposely done so that I have to pay for the reconnection fee just because I've paid late???

You know what is more annoying than this?
I did pay them more kot for one month. Maksudnya sepatutnya ada satu bulan (August bill), yang tak perlu bayar pun. Sebab memang dia punya bayaran monthly adalah sama dan I know lah this month I pay more for one month. Already told myself this month no need to pay. Tapi bila bil datang tiba-tiba ada baki lagi kena bayar, terus ZASSSS darah naik atas kepala. Dahlah pagi-pagi dapat emel dia. Terus effect for the my mood whole day kot.

Tapi, aku tak mengaku kalah. Haha. Terus emel customer service dia, tanya kenapa ni kenapa tu semua tanya. And it's more like arguing actually. Lol. Because it's my money, my right. Dahlah servis dia bukanlah best sangat tiptop apa semua kan. Tapi bila cas customer mahal je. Even reconnection fee tu pun dah RM20.00 plus GST RM1.20. Tak boleh, tak boleh. It's their fault, and I will take back my money! *Determination is so strong*

So I asked them a lot. Why this? Why that? Why you did that?
Why here why there why everywhere.
Haha. Poor that boy who had to answer my questions.

But everytime I asked, I put my reason and it's strong (Of course, kalau tak, takkan aku berani sangat kan). I attached to him a few evidence and everything lah yang support my arguments. Luckily I've got all payment record with me. If not, susah lah nak prove me right kan? But still he came back to me and said everything adalah SALAH AKU.Sooo stubborn oh this boy. (-____-')

And at the end, come another staff, it's an Indian boy (as refer to his name), and all he can said is "We will make adjustment to your upcoming bill". And yesssss! This is what I want to hear! Yeahhhh I won! *Proud face*

JUST.LIKE.ME


Just in case guys, if you think you are in the right position, just argue back. Don't just sit there redha, and pay to them for unnecessary things yang you shouldn't have to pay pun. Dengar je cakap orang tu dan percaya. Take some effort, cari bukti ke apa, prove them wrong, and if you're lucky enough just like me (heh heh heh), you can take back what is yours.

Please know that they're not always right. Dorang manusia jugak. Pekerja biasa macam kita. So they might do mistake. Tak salah tanya pun.

But if you're wrong, at least you know what is wrong and can avoid it next time. Simple.

Yang tak simplenya, budak customer service tu, yang kena layan aku tu. Haha. Sorry dik. But you did a good job anyway. Semoga tabah berada di posisi itu.



Monday 7 August 2017

Those feelings

Assalamualaikum..

Hye. So here, another random thought.

Recently, I realized that time passes quickly. Rasa macam baru je masuk tahun baru, and then suddenly dah puasa, and now raya dah habis dan bila tengok kalendar rupa-rupanya dah bulan Ogos which means we already passed half way of the year! Mana pergi separuh tahun awal tu? Seriously?

Sometimes I think I got so many free times. Why didn't I do this and do that and everything? Apa yang aku dah buat selama masa yang ada ni, untuk diri, family dan kawan-kawan atau orang-orang sekeliling yang lain? Apa benda yang aku fokus sangat sampai aku takda masa untuk buat benda-benda tu?

And all this while, walaupun rasa macam sekejapnya masa berlalu, but many things happened. Expected or not, they're all just happened. Being busy with works, family, and other so-called "unnecessary" things, make me feel so bad when something happened, and I just can accept it, because it's already happened. Nothing can be changed. Sebab selama ni ada je masa untuk ubah semua mungkin untuk jadi lebih baik, tapi aku tak buat. Dan perasaan tu adalah sesuatu yang sangat teruk. Lebih teruk bila ada kaitan dengan kehilangan. Kita hanya hargai sesuatu tu bila kita dah kehilangan dia kan?

Another thing adalah perasaan bila kita dah cuba buat yang terbaik, tapi apa yang jadi adalah sebaliknya. I expect it to be better but it becomes worst. I have so many plans in my life. Every night before sleep, I will think of what the things I will do for tomorrow. If I don't want to do anything, get a rest, then that's my plan (Don't argue about this please). 

Same goes to my financial arrangement. On this date I need to pay for this, on another date I will have to pay for that. And the remaining weeks I need this total of amount to survive until the end of the month. But that's my plan, which usually will not turn to be exactly like what I want. Maybe something happens, which need to rearrange everything all over again.

And at some moment, I just think that I already succeed in achieving what I want. Even a simple thing like got to buy something on Lazada (LOL). And yeah, just like that. A simple thing that means happiness to me. And it makes me so happy and enjoy my day to the max.

Meanwhile, ada masa benda terjadi takda kaitan pun dengan aku. Just like arwah Zulfarhan yang meninggal sebab kes kena buli ke apa tu. Dia takda kaitan apa dengan aku, tapi aku punya teremosi dengan cerita dia sampaikan masuk dalam mimpi, effect emosi kalau boleh taknak adik-adik masuk asrama ke sambung belajar mana-mana yang jauh apa semua. Serius takda kaitan. Tapi emosi betul.

Memang complicated.

But, it's better to have those feelings, daripada takda perasaan kot kan?


So here the big girls who got so many mixed feelings


Just being random, forgive me.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...