Pages

the clown is here

:)

Wednesday 14 February 2018

Greentown Dim Sum Cafe, Ipoh

Assalamualaikum...

Eh alamak ada lagi post masa kat Perak rupanya. Ni last day. Post sebelum ni aku cerita kempunannya aku tak dapat merasa makan kat New Hollywood Restaurant tu kan?

So bagi memenuhi impian aku nak Chinese food gitu, husband dalam diam dok search rupanya dim sum mana halal area Ipoh ni. Bangun-bangun tidur dia ajak makan kat Greentown Dim Sum ni. Siap tunjuk halal gitu kemain yakin dia. Haha.

Aku on je lah. Gila tak on. Bila lagi nak merasa kan. Haha.

Dan bestnya, pagi-pagi lagi dah bukak kedai ni. Kira kitorang siap je check out dari hotel terus menuju ke sini. Masa sampai takda lah ramai orang lagi. Lepas order tu baru ada orang ramai datang in group macam tu.

Kedainya selesa dan pekerja ramah nak layan pelanggan. Menu pun banyak dan dia ada tulis which one yang recommended, signature and everything. So first timer macam aku senang buat pilihan. Haha. But some menu ada yang boleh order on weekend je tak silap. Sebab ada aku order satu menu tu, tiba-tiba pekerja dia cakap tu cuma ada weekend je. So tak dapat merasa.

Apa yang kitorang order haritu?








Nama setiap menu telah dilupakan, namun rasanya masih kekal di hati. Cewah. Semua okay sedap. Cuma mee tu macam mee kicap je kot. Masin berkuah macam tu. Biasa je lah. Mee tarik lagi sedap.

Yang lain tu semua sedap. Memuaskan hati dan mengenyangkan. Walaupun ada yang macam tak cukup sebab 3 ketul je. Tu pun kena bahagi dua dengan husband, mana cukuppp! 




Tapi takpala, bersyukur. Haha. Walaupun nampak macam sikit, sebenarnya boleh tahan kenyang sampai ke petang. Perjalanan hari tu dahlah jauh. Ke utara lagi. Sampai next destination masih kenyang, so okay lah kan?




Mana-mana yang nak cari kedai dia, waze dan cari signboard dia macam ni okay? Senang je nak jumpa.


Tuesday 13 February 2018

Jalan Ipoh

Assalamualaikum..

Okay, so second day kat Ipoh ni plannya nak berjalan jela. Since hari pertama tu dok makan dan lawat sedara kat Ipoh. Hari kedua baru betul-betul nak berjalan area Ipoh ni.

Awal pagi tu plan kalau ikut aku, nak ke Restoran New Hollywood. Memang famous kan restoran ni. So aku dengan husband pun pergi lah sana. Kedainya hujung macam tak berapa nak nampak signboardnya. Tapi memang nampak ramai gila orang.

Sampai-sampai je rupanya kedai tu jenis banyak-banyak gerai orang jual. Ada jual macam-macam lah jenis makanan. More to Chinese punya makanan lah. Aku memang excited nak cuba, sebab pernah nampak orang post makan kat sini macam best je. Tapi husband aku ni jenis tak boleh kalau tengok cina ke apa yang masak. Walaupun ramai gila orang Melayu makan situ. So takpalah, kitorang cancel makan kat sini. Jalan tempat lain. Sobs.
(Dislaimer : Aku tak kata sini tak halal ke apa, sebab aku pun tak sure. Cumanya case aku ni, suami yang tak suka makan tempat macam tu. Tu je okay :) )

Okay next kitorang terus ke area utama Ipoh Old Town kat Jalan Panglima. Area ni ada Plan B, which is also a famous cafe in Ipoh. Tu pun aku pernah ternampak orang post kat socmed diorang. Hiks. Aku pun excited lah lagi sekali. Dah lah tengah lapar time ni dari pagi tak makan. Minum coffee kat hotel je yang 3 in 1 tu. Haha.

Sampai area ni memang kenalah sangat bersabar. Punyalah sesak. Dengan pelancongnya, dengan local yang nak ke bank ke apa agaknya, sebab area ni agak padat dengan bangunan-bangunan utama. So sabar jela yang paling diperlukan. Dan sekali lagi sabar diperlukan untuk cari parking. Tapi aku advise untuk parking je area parking yang disediakan. Bayar jela RM5 pun walaupun rasa macam nak sekejap je. Sebab daripada kena beli kupon untuk pakai sekali je kan. Ataupun kau rela hati kena saman. So pilihan di tangan anda. Haha.




Dan setelah berjaya parked kereta dan berjalan beberapa kilometer, akhirnya aku sampai jugak Plan B ni dan ambik gambar sahaja! Sebab sekali lagi tak makan. Haha. Okay lupakan pasal makan tu, sebab lastly kitorang pergi Aeon je makan kat Pizza Hut. Lol.




Area ni memang nice sangat. Idea yang fresh and tak typical. Sebab tu dia hipster. Haha. Banyak jalan nak masuk ni. Dan menariknya, setiap celah tu macam ada je benda. Tetibe masuk sini, ada orang jual tu. Masuk sana, ada jual benda lain pulak.





Dan jangan pelik sebab kat mana-mana ada je orang bergambar. Haha. Dah tempatnya cantik. Semua mestilah nak OOTD sikit satu dua kali ye dak?





Best sebab bila dah jalan sini, korang boleh pusing lagi berjalan ke area lain jugak. Sekeliling tu menarik je. Ada je street art, kedai-kedai, cafes, bangunan pun cantik-cantik. Memang area tumpuan pelancong.





Walaupun penat gila berjalan, tapi rasa tetap jugak nak berjalan. Sebab nak merasa semua sekali tu je. Dah tak payah pergi lagi dah next time. Penatttt. Haha. Tu je sebabnya rupanya eh.




Dok sibuk berjalan tiba-tiba terjumpa satu tempat ni macam ada menara jam. Tak sure sebenarnya ada apa kat situ. Jengah macam tu jela sebab time ni dah mula panas. Kitorang dah nak berjalan balik ke parking kerete tu sebenarnya. So tengok-tengok macam tu jela. Lepas tu jalan laju-laju nak pergi makan. Haha.




Apa-apa pun untuk first timer jadi pelancong kat Perak ni, sebenarnya banyak tempat menarik boleh pergi. Ni belum lagi masuk list tempat yang konon nak pergi tapi tak jadi.

 Lost World of Tambun (Ni dok berangan nak pergi air panas dia, last-last tak pergi jugekkk), MAPS (sebab mahal muahaha), Zoo Taiping (ni pun berangan nak singgah jugak tapi tak larattt), Gua Tempurung (next time maybe), dan banyak lagi lah.

Harap-harap kalau ada rezeki pergi Perak lagi, bolehlah singgah ke tempat-tempat yang tak sempat pergi tu. InshaAllah.




Bye Perak. Thanks for being nice to us. Till next time.


Friday 9 February 2018

Miker Food, Ipoh

Assalamualaikum..

Bila berjalan ni, selain nak cari tempat menarik, mestilah cari makanan-makanan yang best jugak kan. Haha.

Dan oleh sebab kat Ipoh ni ada sedara aku duduk sini, senanglah nak refer mana best. Cousin aku suggest kedai Miker Food ni. Dia kata pizza dia best. Try tengok apa yang best sangat tu. Luls

Miker Food ni dekat je dengan Padang Ipoh. Kalau jalan tepi tu nampak besar nama kedai tu terang benderang bila malam. Post sebelum ni, on the way ke kedai Nasi Goreng Udang tu, lalu sebelah Padang Ipoh ni. Dari situ dah nampak dah kedai ni.




Kitorang datang sini nak dinner. Rasanya dah keluar awal dah dari hotel. Tapi sampai-sampai tengok dah penuh kedai ni. Memang ramai. Nasib baik ada meja kosong lagi.




Sibuk dok belek menu. Oleh sebab cousin aku dah cakap pizza dia terbaik, kitorang pun try lah satu menu pizza. Dan beberapa menu lain.




Tengok punyalah ramai. Selalu kalau cafe ala-ala hipster gini, aku tengok pelanggan dia. Kalau yang datang tu macam family or in group ramai, bagi aku cafe tu sebenarnya mesti ada something special. Kira betul-betul boleh diterima lah. Some cafes kan macam ramai couples je datang nak acah bergambar, padahal makanan biasa je. Yang macam tu aku tak recommended lah selalu. Tau makanan biasa je.




So ni antara menu yang kitorang order hari tu. Semua sedap tapi yang paling sedap of course pizza tu. Betul lah memang terbaik pizza dia.




Pizza crust dia sangat best. Tak tebal sangat, tak nipis sangat sampai jadi keras. Rasa topping dia pun best. Maaf lah sangat-sangat sebab lupa ni pizza yang mana kitorang pilih. Tapi untuk senang, korang boleh je tengok mana menu yang recommended tu, try jela. Memang the best lah.







Makanan lain sedap jugak. Boleh terima lah rasa dia. Tapi mungkin kat tempat lain pun boleh dapat jugak. Macam pizza tu, husband aku sampai cakap, next time datang Ipoh nak makan pizza memang datang sini jela. Dah tau sini sedap. Gitu. Punya lah best.






Muka sebelum kekenyangan. Belum kenyang pun dah kembang semacam muka tu. Kalau lepas? Boleh bayangkan? Haha.

Lepas kitorang habis makan tu, keluar je tengok dah makin ramai orang. Siap ada yang tengah tunggu meja. Ko rasa? Memang ramai lah cerita dia kan.


Husband busy bebenorrr. Time ni minggu budak nak naik sekolah. Sibuklah dia, macam ada projek juta-juta.


So bila dah habis makan tu ingat nak pusing Padang Ipoh ni. Takda apa pun, cuma nak exercise sebab perut penuh. Haha.




Memang kat sini ada je orang exercise malam-malam. Jogging. Rasa bertenaganya tengok diorang ni. Apesal aku tak macam diorang. Insaf kejap sambil fikir apa nak makan lepas ni. Lol




So korang yang nak datang Ipoh, silalah cuba kedai ni ye.


Nasi Goreng Udang

Assalamualaikum..

Masa jalan Ipoh haritu, sempat singgah rumah makcik aku. Lepak rumah dia kejap, lepas tu dia ajak makan kat tempat special.

Nasi goreng udang.

Tempat ni penuh orang. Memang sentiasa penuhlah. Pakcik aku kata, kalau raya ramai orang balik kampung kan, lagilah penuh takda meja semua.

Untuk pengetahuan korang, aku ni ada alergik dengan udang. Nanti gatal-gatal. Tapi sebab dah diajak, takkan nak tolak pulak kan. Lepastu dah sampai tu, ingat nak try menu lain. Tapi dah nama kedai pun Nasi Goreng Udang, mestilah tu yang the best kan? Lantas aku gagahi jugak untuk makan.




Gitulah ghopenyaaaa Nasi Goreng Udang tu. Tapi rasanya boleh tukar kot. Udang goreng nasi. Haha. Udang dia banyak gilaaaa. Melimpah ruah ke landang gandum.

Rasa bagi aku biasa je lah. Sebab memang udang banyak, rasa udanglah yang lebih. Untuk aku, portion dia sangat besar. Penuh sangat. Tak boleh nak habis.

Servis pun cepat je. Walaupun ramai orang, tapi masih boleh dikira cepat lah.




Actually banyak menu lain jugak kat sini. Mee kicap ada, sate ada, yong tau fu, sotong kangkung, dan masakan panas lain pun ada. Ada banyak kedai deret ni, tapi yang penuh kedai Nasi Goreng Udang ni lah. Tapi kalau rasa nak try semua kedai pun bolehhh. Haha.


Thursday 8 February 2018

Kellie's Castle

Assalamualaikum..




Kellie's Castle ni adalah the first place yang aku nakkk sangat pergi kalau sampai Perak. Aku pun tak tau kenapa aku suka untuk tau benda-benda bersejarah macam ni. Selain tempat ni memang cantik kalau ambik gambar tu. Gila bergambar betul. Haha.




Nak masuk sini kena bayar. RM5 untuk sesiapa yang ada kad pengenalan. Yang takda, lagi mahal lah.




So aku nak bercerita pasal keadaan tempat ni jela. Sebab kalau nak cerita pasal sejarah dia, hal bunuh-bunuh ke apa semua tu, korang google je lagi senang kan. Banyak sumber boleh baca. Sejujurnya aku malas nak menaip sebenarnya. Muahahaha.






Kawasannya besar. Luas. Ada banyak tangga kena naik dan dia agak berbukit sikit. So sangat-sangat lah dinasihati untuk pakai pakaian yang selesa. Sebab kau akan berpeluh masa jelajah kawasan ni. Ketiak jangan cakap lah. Banjirrr. Haha.




Actually aku tak tau mana satu pintu masuk. Dari jambatan tu, akan ada 2 laluan kiri atau kanan. Kitorang ke kiri je sebab ramai menghala ke situ. Haha.




Mungkin itulah pintu utama dia. Sebab ada macam tinggi gitu kan. Tapi pintunya kecik je. Mungkin aku salah masuk pintu kot. Haha. Dan sebab rumah ni memang dikatakan tak sempat siap sepenuhnya kan. So ada beberapa struktur yang macam tak complete.

Kawasan ni agak tak tersusun. Sebab tu pintu masuk pun tak sure yang mana satu. Bila masuk ni, ada tempat dia ada letak macam set kerusi meja semua. Mungkin sini adalah ruang tamu untuk rumah ni. Mungkin salah satu nya lah. Sebab banyak lagi ruang yang ada lebih kurang macam ni.






Bilik-bilik yang lain lebih kurang je saiznya. Besar-besar tapi bentuk petak je. Kebanyakannya ada laluan rahsia, especially untuk bilik-bilik utama macam bilik anak-anak, bilik tetamu macam tu. Untuk keselamatan lah kan, senang nak larikan diri ke apa kalau ada apa-apa hal. Tangga untuk laluan rahsia tu selalunya kecik je. Muat untuk sorang lalu je.






Biliknya memang banyak. Macam-macam jenis ada. Kebanyakan bilik ada pintu kiri kanan. Kira open lah. Bilik air pun sama banyak jugak.

Bilik untuk pekerja dapur ada kat bahagian bawah. Ada dalam 3 atau 4 bilik tak silap aku. Kawasan bawah tu pun ada kawasan lapang. Bersambung dengan kawasan rumah lama. Kira ada rumah lama, sambung dengan rumah yang terbaru yang dibina lah.






Lepas tu naik atas. Ada banyak bilik jugak. Jalan dia memang agak rumit. Sebab banyak laluan rahsia yang boleh kita lalu. Tangga utama pun ada jugak. Yang tangga utama ni luas lah. Tapi untuk naik dan turun tu ada tangga-tangga kecik lain.

Lepas tu ada beranda untuk jalan dari bilik ke bilik. Kawasan beranda ni lah kot yang orang dok cerita macam-macam kisah seremmm tu. Aku buat tak tau jela kat sini. Ambik gambar je banyak sebab cun wei. Haha.




Dari tingkat bawah, aku dengan husband naik satu-satu tingkat. Masuk semua bilik. Sampai atas sekali.




Jangan tak tau, sampai ke bumbung pun boleh naik tau. Tapi agak bahaya lah sebab open je kawasannya. Kalau budak-budak berlari ke apa, tertolak, memang terus ke bawah. Nauzubillah. Kat atas ni ada macam satu tempat untuk memantau. Nampak jelas semuanya kat bawah tu.


Oh lihatlah doniaaaa




Tengok tu orang panjat-panjat sampai atas tu. Dan tepi tu takda apa-apa halangan pun untuk keselamatan. So kalau bawak budak tu, kena pantaulah. Bahaya.


Dari atas bumbung rumah


Dari atas bumbung tu ada lubang boleh nampak terus ke bilik. Mungkin untuk senang tengok apa-apa jadi kan. Maybe lah, aku pun bukan tau sangat pasal ni. Haha. Atau mungkin jugak ditutup, tapi sebab dah lama, jadi dia dah takda tutup. Amboi. Fikir banyak betul ek kalau berjalan tempat bersejarah macam ni.


Tak silap aku ni lif untuk rumah ni.


Tingkat paling atas ni ada satu bilik. Dia tulis situ bilik tetamu. Tapi tak pasti bilik untuk tidur ke bilik untuk makan-makan ke apa lah kan. Ada lif kat tepi tu satu je. Lif lama. Tapi tak rasa orang boleh masuk. Mungkin untuk hantar makanan je macam tu.


Dalam salah satu bilik bahagian atas


Apa-apa pun aku enjoy datang sini, walaupun macam takda apa. Tapi entahlah, rasa seronok. Sebab macam dapat rasa suasana dulu-dulu.




Secara jujurnya, agak seram bila berjalan kat sini. Macam rasa meremang jugaklah, sebab kawasan rumah lama kan. Tapi sebab ramai pengunjung, takdalah rasa macam seram sangat. Haha. Pengunjung bukan dari Malaysia je, dari negara lain pun ada. Masa aku pergi tu, ada dari Korea, Singapore, China (dapat detect dari cara cakap).




Bye Kellie's Castle. Thanks for the experience.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...