Pages

the clown is here

:)

Tuesday 21 February 2017

Night Life @ Dataran Johor Bahru

Assalamualaikum..

Ya Rabbi this post dah duduk lama gila as draft kat blog ni. Ampun. Bila ingat balik kejadian ni dalam setahun ke dua tahun lepas kot. Punyalah lama.

Tapi abaikan jela kelewatan itu. Share jela. Walaupun mungkin apa yang di share dah jauh beza dengan keadaan sekarang kat Dataran JB tu, TAPI AKU PEDULI APA! (konon tegas)

Actually, masa ni decide nak lepak together dengan kawan-kawan, just to celebrate Mia. Celebrate untuk apa sebenarnya aku dah lupa. HAHAHAHA. Jom gelak ramai-ramai. Sapa suruh lama sangat simpan cerita.

Ok. Seingat akulah, masa ni sebab Mia baru habis last sem dia kot. So dia tinggal sambung intern je next sem tu. Sebab dia tukar course, so extend one year. So sebabkan dia tabah struggle sorang-sorang tanpa kami di sisi, so kitorang pun celebrate dia. Nice nya kitorang ni. Hmm

Mula-mula nak makan-makan je. Tapi lepas tu singgah dataran ni. Sebab sebelah je dengan tempat kitorang makan tu. Oh ye masatu makan seafood kat area tepi dataran tu. Biasa jela.

So lepas makan-makan tu, kitorang lepak dulu kat dataran JB ni. Ni rasanya first time kot aku lepak sana. Baru tau suasana dia macam tu ghopenyaaaa.


Begitulah keadaannya. Meriah.
Ramai sangat orang. Tak kira family ke, budak-budak remaja ke, semua ada. Sesuai lah untuk semua kalau nak riadah malam-malam. Sejuk-sejuk kan malam. Aktiviti pun banyak. 

Lepastu si Farah dengan Mala nak mencuba lah benda alah ni. 




Mia yang berjubah pun nak try jugak. Pakaian bukan halangan ye. Yang penting minat dan kesungguhan. Ecewah tetibe. Haha.




Aku pun ada cuba jugak. Tapi berdebar je lebih. Time laju, laju betul. Time tak laju, tak gerak langsung. Tercabar betul tengok adik-adik kecik, tak pun pakcik-pakcik yang main laju je. Dah biasa kot kan. Latihan hari-hari. Haha. Aku first time. Tu pun kena ada diorang ni pimpin sebelah. Tak yakin langsung nak buat sendiri.




Sebenarnya banyak lagi aktiviti lain boleh cuba kat sini. Macam-macam. Untuk budak-budak kecik pun ada. So jangan risau kalau nak bawak family kat sini. Senang. Sesuai untuk semua.




Meriah ke tidakkk? Haha.

Tapi di sini ingin ditegaskan, semua ni adalah bertahun yang lepas. Haha. Kalau kebetulan sama tu kira okay lah. Kalau dah lain tu, harap halal jela eh. Saja post bagi benda ni tersimpan kat sini. Nanti senang bila baca balik, terimbau balik memori. Gitu.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...