Pages

the clown is here

:)

Tuesday 22 August 2017

Nasi Ayam Penyet Bakar Kempas

Assalamualaikum..

Korang jangan salah baca pulak tajuk tu. Bukan nasi ayam penyet tu bakar kempas, bukannnn. Ni ayam penyet bakar, dekat kempas sana. Nama kedai tu Restoran Ayam Penyet Pak Ri. Dia deret-deret kedai biasa je. Sebelah bengkel kot tak silap. Kalau aku yang tak tau pasal kedai ni, nak pergi sendiri sorang-sorang, rasanya tersilap jugaklah. Tapi oleh sebab pergi orang bawak, so jumpalah kedainya.

Aku pernah makan situ dua kali. Dua kali tu jugaklah sedap gila. Cuma yang first tu pedas gila sampai menitik jugaklah air mata ni ha. Yang second time tu dah boleh handle lah kepedasan dia. Haha.

Kenapa ayam penyet bakar? Sebab ayam dia dibakar lah. Tu pun nak kena bagitau ke? Hmm. Kat sana actually ada jugak ayam penyet biasa, lele penyet tu semua. Tapi aku pernah try yang bakar ni jela.




Dia lain sikit daripada ayam penyet biasa tu. Sambal dia sambal kicap, lepas tu ada cili-cili sikit, ada bawang, semua dia curah atas ayam tu sekali. Sambal kicap tu manis je time kau makan, suap ke mulut. Tapi bila dah makan, baru rasa pedas berapi dia. Tapi kau akan still letak banyak-banyak jugak kuah kicap dia tu. Sebab sedap dan barulah tak rasa kering sangat. Dia punya pedas tu kau tak tau berpunca dari mana pun tak sure lah. Tapi tiba-tiba pedas je.




Aku pernah cuba sate kicap dia jugak.  Yang belah kiri kuah melimpah ruah tu. Sate dia pun sedap. Kuah dia kuah kacang. Ada kicap jugak. Sedapppp. Pun ada jugak bawang-bawang macam tu. Dan agak besar lah daging dia. Puas hati kalau makan secocok tu.




So sesiapa pergi area kempas ni, ataupun JB ke, bolehlah singgah kedai tu. Waze je Restoran Ayam Penyet Pak Ri, nanti jumpalah. Tapi tak janji lah waze bawak pusing mana entah nanti. Kau orang ikut jelah dia ok. Haha.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...