Pages

the clown is here

:)

Monday 25 September 2017

Tanjung Sepang, Desaru

Assalamualaikum..

So, longgggg time ago, aku ada pergi Tanjung Sepang kat Desaru. Sebab apa pergi sini, saja berjalan me-release-kan tension yang kononnya gigih sangat bekerja kan. Haha. Syida yang cadangkan ke sini. Dia pernah datang sini, dan memang not bad pun tempat ni. Cantikkk




Pagi-pagi sampai dengan muka masih suci murni. Masih mampu menadah muka ke matahari direct macam tu. Haha. Masa ni aku gerak dari rumah, tunggu dorang pick up aku kat Econsave Senai, dan terus berdesup lalu highway Senai-Desaru. Dan dari situ terus lah sampai sini.





Oh ye, kitorang bawak bekal. Masing-masing discuss dalam group nak bawak apa. So kongsi-kongsi lah kat sana. Kenyang memasing. Tak sempat kebulur walaupun orang kata kat laut-laut ni cepat lapar. Tapi kitorang maintain kenyang. Haha.





Awal-awal yang sampai dulu adalah aku, Mala dengan Farah (1 kereta), then Syida (bertudung merah itu) pun sampai tak lama lepas tu. Yang satu group lagi dah tengah hari sikit baru sampai.





Sempat lah kitorang berempat ni berhuru-hara dulu sementara tunggu yang lain sampai. Tapi tak sampai berapa jam tunggu, tiba-tiba hujan turun dengan lebatnya. So kami hanya mampu duduk di bawah pondok sambil menikmati keindahan pantai dengan tenangnya.





Oleh sebab nak huru-harakan sangat keadaan, dalam toilet pun kami bergambar. Haha. Masa ni tengah tunggu masa untuk ambik kunci. Check-in pukul 3.00pm rasanya. Tapi masa ni kitorang try je tanya kat receptionist boleh tak nak ambik kunci awal, then dia bagi je. So korang datang sini awal ke apa boleh try tanya je terus. Tak perlu tunggu lama-lama.


Dik ada rombongan sekolah ke dik?


So bila dah boleh masuk bilik, mengemas sikit, tukar baju, solat apa semua, boleh bedebush ke pantai. Haha.





Sebelum turun pantai sekali lagi sempat jugekkkk bergambar. Pantang tok nenek moyang betul lah dapat kamera. Memang bergambar sakan. Lagi-lagi syida memang kaki mengambil gambar. Syiok ah




Oh lihatlah doniyaaaa...




Aku suka gambar syida yang ni, cantik kontra warna dia kan. Aku lettew yang terer ambikkan gambar itu. *Bangga jap*





Yang Farah dengan Mala dalam diam dah jauh ke sana. Aku ni dengan laut ke pantai ke apa ni memang fobia sikit. Bila nampak dorang kecik je kat situ, rasa nervous bukan main. Haha.


"Macam best je dorang main air kat sana"

"Nak join ke tak?

"Ok lupakan saja"

Ok kembali ke daratan

"Eh bestnya main air kat sini je"



Akhirnya aku main part hujung je. Yang paling cetek tu. Bagi basah sikit je dah. Lepas tu berjalan sekeliling pantai je. Haha.




Kan aku cakap, syida memang best. Part dia ambik gambar memang superb. Tu aku suka jalan dengan dia. Haha.





Yang dia sibuk dengan handphone. Busy naw. Projek juta-juta kata kan.




Kalau korang nampak, sebelah kiri tu ada macam air warna coklat tu kan. Aku tak pasti lah mengalir dari mana, tapi memang jelas nampak lah perbezaan warna dia. Aku syak ada construction mana-mana yang menyebabkan air mengalir tu kotor je. Terus bawak ke pantai tu.




Lepas siap main kat pantai, kitorang balik bilik untuk solat apa semua. Rehat-rehat kejap lepastu main bakar-bakar. :P


Depan bilik je pun bolehhhh



Masa ni kitorang bakar yang simple-simple dulu. Sebab sementara tunggu yang lain sampai. Bila je dorang sampai tu kitorang baru susun-susun untuk sesi barbeque malam tu. Yang baru sampai tu bagi chance main air dulu. Kitorang set up apa yang patut.




Oh ye aku lupa nak share gambar bilik kitorang.

Nah tadaaaa..





Nice kan? Tenang je kawasan dia. Ke depan sana lagi boleh nampak laut. Walaupun bilik ni agak jauh daripada pantai, tapi sebab dia betul-betul menghadap ke pantai dan takda apa yang menghalang pandangan ke pantai tu. So dengan jelasnya boleh nampak pantai.

Ok sambung sesi membakar di malam hari.





Kitorang bawak je semua barang-barang ni. Macam sebahagian yang dah bawak makanan untuk pagi tu, sebahagian lagi bawak untuk bakar-bakar sesi malam ni pulak. Makanan pagi tu pun siap ada berbaki lagi elok je. So memang cukup untuk semua.





Setiap bilik memang ada tempat bakar-bakar tu. Memang dia sediakan. Jadi korang hanya perlu bawak alat-alat dia je. Macam kipas, alas besi tu, arang, dll yang mana perlu lah. 

Jiran-jiran bilik pun memasing membakar. Ada makcik tu bawak makanan macam-macam dah. Tapi takda besi nak buat susun ayam atas tu. Arang apa semua pun takda. Beramah mesra lah dia dengan kitorang. Minta sikit arang. Kitorang bagi jela sebab bawak banyak je. Begitulah hidup jiran tertangga. Jiran sepakat, membawa berkat. Gitu

Laju kemain Diana mengipas. Mau terbang ayam tu. Haha.


Kitorang memang take turn lah membakar tu semua. Nak harap sorang memang penat wei. Dah tu bila masa pulak yang bakar tu nak makan kan? Jadi kenalah bergilir-gilir.

Selesai tu semua, malam tu masing-masing tido dengan kekenyangan. Aku paling awal tido. Haha. Yang lain tu rajin lagi nak turun pantai malam tu. Aku dah malas. Takut pun satu hal. Haha.

Malam tu memang susah sikit sebenarnya nak tido. Bising. Sebab ada geng cina kot minum-minum malam tu. Memang dorang have fun cara dorang macam tu kan. Lepastu bising, yang lain semua kena hadap lah. -_-

Suasana pagi



Pagi tu sempat berjalan dulu tepi pantai. Sejuk tenang je. Check out pukul 12.00 tak silap aku. So lepas tu masing-masing berkemas lah apa yang patut. Dah siap, pulang kunci, bukan terus balik.




Bergambarlah apa lagiiiii


Syidaaaaa








Ye Encik cari arah ke mana? Ke hati saya ke? Chiiiiiyaaaa




Dah puas bergambar, bermoorang bagai, kitorang pun gerak balik.

Ehhhh tapi tak terus balik. Sempat singgah Batu Layar. Dia sekali jalan je.




Sebab apa nama dia Batu Layar? Aku rasa sebab sini banyak batu-batu besar sebesar layar kapal. Haha. Kotttt lahhhh. Aku pun tak sure betul ke tak.




Memasing memang gigih memanjat batu-batu tu. Gambar memang cantik kat sini. Tapi aku macam dah takda mood nak bergambar. Mood aku lebih ke...



Yeeee, aku menikmati ais krim je di tepi pantai. Sungguh indah. Haha. Cepat je cairnya. Panas kan tepi pantai. Tapi tulah nikmat dia.




Ok last gambar satu kaliiiiiii


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...