Pages

the clown is here

:)

Tuesday 30 January 2018

Fall in love to Sekinchan - Part 1

Assalamualaikum..

"Unplanned trips are the best"

Tu omputih cakap. Dan aku yang berdarah jawa ni, tak mampu menidakkan sebab memang betul!

Ceritanya, lepas selesai majlis bertandang belah lelaki haritu, plannya nak berjalan ke Ipoh start 27 Disember tu. Tapi tengok semuanya settled dalam Isnin tu jugak, kemas semua settle.

Dan tiba-tiba pulak terlintas di fikiran suami aku tu, nak ke Sekinchan. Sebab ada kawan dia pernah stay kat homestay tengah sawah tu. Aku pun melonjak kegembiraan je, dalam diam memang berharap sangat dapat pergi situ. Tapi sebab last minute sangat, semua
dah fully booked. I is kecewa T_T (Part ni je jadi tak best untuk unplanned trip ni)

Tapi misi tetap diteruskan. Kami search jugak hotel yang ada. Tapi cari haruslah paling murah. Haha. Akhirnya dapat jugak hotel yang dikehendaki. Tapi ada sejarah hitam tentang hotel ni. Nanti aku sambung part tu kat hujung-hujung nanti. Haha.

Okay sambung cerita awal-awal gerak ke Sekinchan ni, kitorang singgah sekejap kat satu tempat ni ada rumah api, ada muzium. Kat Kuala Selangor kot tak silap. Kawasan ni atas bukit. Kalau kereta memang one way je lah.




Cantik sebab nampak kawasan sekeliling tu. Laut pun boleh nampak kat belakang tu kalau perasan. Sebab rumah api kan, memang berdekatan lah dengan laut.




Ha itulah dia rumah apinya. Kalau dulu-dulu, ada rumah api ni biar senang kapal-kapal yang berlayar kat laut nak tau dah nak sampai darat kan. Tak silap aku tu lah function dia. Tapi sekarang ni tak tau lah ada guna lagi ke tak cara macam ni.




Panas ya amat okay time ni tengah hari buta. Tapi tak kisah semua tu. View cantik. Dan paling penting, ambik gambar lighting sangat membantu. Haha.




Kawasan ni banyak monyet. Ada je pengunjung bagi makan. Cuma bagusnya monyet-monyet tu tak kacau orang. Dia kacau orang yang bagi makan je. Kira behave lah. Haha.




Dan kat situ jugak ada muzium sejarah tentang Selangor. Kitorang masuk je sebab free. Haha. Baca lah jugak sejarah-sejarah dahulu tu. Kira berilmiahlah trip kitorang ni kan. Ehem. Muzium ni kecik je. Pusing sekejap dah keluar balik. Banyak tentang senjata-senjata lama, salah silah kesultanan selangor, barang-barang zaman dulu, macam tu lah lebih kurang yang aku ingat.










Dah puas tambah ilmu, kitorang baliklah apa lagi. Teruskan perjalanan lagi. 

Okay cukup untuk Part 1 ni. Walaupun post kali ni sebenarnya belum masuk pun part Sekinchan lagi. Muahaha. Baru perjalanan ke Sekinchan rupanya. Ni je mampu taip buat masa sekarang. Next post baru betul-betul masuk Sekinchan trip okay.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...