Pages

the clown is here

:)

Wednesday 7 February 2018

Fall in love to Sekinchan - Part 2

Assalamualaikum..

Dan dah tiba masanya untuk menyambung cerita tentang trip ke Sekinchan.

Last cerita tu dari Kuala Selangor, kitorang terus gerak ke Sekinchan. Tapi awal-awal dah google tempat makan best kat area tu. Ngam pulak kitorang nak sampai tu dalam tengah hari macam tu. Memang waktu lunch dan perut pun dah kosong, memang semua rasa macam menariklah.

Tapi dalam banyak-banyak tu, ramai suggest "Faridah Mentarang Bakar". So kitorang waze lah ke situ. Memang kebanyakannya bagi cadangan makan kat situ. Tapi on the way ke sana tu, banyak jugak kedai-kedai makan yang macam best tepi jalan.

Sepanjang jalan tu banyak kedai makan yang diorang bukak depan rumah. Signboard tepi jalan besar-besar. Senang nak cari kedainya. Tapi mungkin sebab waktu ni waktu cuti, dorang ni pun kebanyakannya tutup. Kecewa. Dan lebih mengecewakan, bila sampai kedai "Faridah Mentarang Bakar" tu, dia pun tutup. T_T

Dan sebabkan dah lapar. Kitorang pun cari jela kedai yang menarik. Google lagi, ada Mi Udang King keluar. Waze sekali lagi ke tempat tu. Lepas tu, tutup jugekkkk. Dah kenapa semua nak tutup entah. Last-last makan je kedai mana ada yang bukak. Makan mee bandung. Okay lah buat kenyang. Tapi tak terbaik sangatlah. Biasa je.




Oleh sebab kedai yang kitorang makan tu tepi pantai je. Lepas makan dok jalanlah kejap tepi pantai. Walaupun kulit dah menangis kepedihan sebab panas, tapi takpa gigih jugak hadap. Dan walaupun lepas makan, tetap beli makanan tambahan. (Refer gambar atas) Lol




Tepi kedai tu ada macam satu kampung nelayan. Oh ye masa makan tu, husband aku nak order mee bandung udang gred A. Dia kata lagi besar. Tapi orang kedai tu cakap udangnya belum sampai lagi. Yang kecik je ada. So mungkinlah seafood dia kat sini memang jenis fresh, naik dari laut terus orang beli. Bestttt.

Masa kitorang jalan tepi pantai tu pun nampak bot baru sampai. Lepas tu ramai orang datang untuk beli. Very nice. Aku suka sangat suasana macam tu. Rasa macam hidup penuh nikmat. Makanan segar-segar gitu. Rasa sihat sangat. Haha.

Dah puas memanaskan diri, kitorang pun gerak ke "hotel" yang kitorang dah booked. Tapi on the way tu sempat singgah sawah padi. Tapi masa ni macam dah lepas musim menuai. Tapi tetap lah cantik bagi aku yang jakun ni. Haha. Pusing sekejap lepas tu balik ke hotel.




Sejujurnya, sangatlah panas time ni. Dalam gambar memang tak nampak. Tapi hakikatnya, hanya mereka yang merasai je tau. Haha.





Puas bergambar, baru balik hotel. Dan untuk pengetahuan korang, kat sini banyak sangat jual mentarang tepi-tepi jalan. Mula-mula aku ingat mentarang ni nama tempat ke apa. Tak pernah tau pun wujud makanan ni. Haha. Rupanya dia sejenis seafood. Macam kupang/kepah tapi lagi sedap. Shell dia nipis je. Dan kalau besar tu memang isi dalam dia pun besar. Tak macam kupang, kadang besar je lebih, dalam kecik kan.

Aku pun beli jugak. Dah siap dibakar setengah kilo RM18. Suami aku nak beli sikit lagi sebab macam nak rasa-rasa je. Tapi tak boleh. Rugi lah dia kan jual sikit je. Haha. Baunya sedap. Makan lagilah sedap.

Macam tu lah rupa mentarang tu. Ada sos jugak untuk cicah

Dan sampai-sampai "hotel", kitorang terkejut, rupanya tu adalah rumah yang dijadikan hotel. Tengok kat Agoda siap 5 stars tau. Tapi sampai tu kitorang carilah mana hotel, rupanya dia rumah corner lot jadikan hotel. Dengan receptionist takda masa sampai tu. Husband aku sampai call, lepastu owner kot cina angkat. Tiba-tiba dengar bunyi motor masuk, pekerja dia baru sampai. Masuk bilik pun biasa je. Tak rasa hotel langsung. Nama je indah bukan main. Kena tipu rupanya. Haha.

Sampai je hotel, rehat kejap sampai petang. Dah lepas asar macam tu, kitorang gerak ke pantai. Tu lah bestnya Sekinchan ni yang buat aku fall in love sangat. Ada sawah padi, ada pantai, seafood segar.




Pantai dia macam meriah gila. Tak macam kebanyakan pantai sekarang yang dah ditambak, pantainya masih suci lah senang kata. Haha. Ada lah kedai-kedai tepi tu, orang jual-jual. Ada yang main layang-layang lah. Meriahhhh. Cuma banyak anjing lah berkeliaran. Anjing tu tak kacau orang. Tapi kalau jalan tepi pantai berpasir tu, faham-fahamlah. Tahi anjing tu bersepah. Kena berjaga-jaga.




Ada sikit kawasan tu macam ditambak jugak lah. Tapi tak banyak. Untuk duduk-duduk macam tu je.



Minta tolong adik hipster ambikkan gambar. Nasib baik cantik.



Nak masuk kawasan ni agak berpusing jugaklah. Sebab dia dalam kampung-kampung. Tapi bila sampai macam tak sangka, ada pantai rupanya dalam ni.


sempat jugak tidur sambil layan angin pantai haha


Dah dok syok melayan sunset, balik terus cari kedai makan. Time ni pun sibuk cari kedai yang best, last2 semua tutup. Terus makan je mana-mana yang jumpa. Tapi nasib baik okay dan sedap.




Okay cukuplah itu cerita kat Sekinchan hari tu. Lepas ni tunggu mood rajin nak bercerita lagi. Lul


Gambar depan "hotel" lah sangat tu


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...