Pages

the clown is here

:)

Friday 9 February 2018

Miker Food, Ipoh

Assalamualaikum..

Bila berjalan ni, selain nak cari tempat menarik, mestilah cari makanan-makanan yang best jugak kan. Haha.

Dan oleh sebab kat Ipoh ni ada sedara aku duduk sini, senanglah nak refer mana best. Cousin aku suggest kedai Miker Food ni. Dia kata pizza dia best. Try tengok apa yang best sangat tu. Luls

Miker Food ni dekat je dengan Padang Ipoh. Kalau jalan tepi tu nampak besar nama kedai tu terang benderang bila malam. Post sebelum ni, on the way ke kedai Nasi Goreng Udang tu, lalu sebelah Padang Ipoh ni. Dari situ dah nampak dah kedai ni.




Kitorang datang sini nak dinner. Rasanya dah keluar awal dah dari hotel. Tapi sampai-sampai tengok dah penuh kedai ni. Memang ramai. Nasib baik ada meja kosong lagi.




Sibuk dok belek menu. Oleh sebab cousin aku dah cakap pizza dia terbaik, kitorang pun try lah satu menu pizza. Dan beberapa menu lain.




Tengok punyalah ramai. Selalu kalau cafe ala-ala hipster gini, aku tengok pelanggan dia. Kalau yang datang tu macam family or in group ramai, bagi aku cafe tu sebenarnya mesti ada something special. Kira betul-betul boleh diterima lah. Some cafes kan macam ramai couples je datang nak acah bergambar, padahal makanan biasa je. Yang macam tu aku tak recommended lah selalu. Tau makanan biasa je.




So ni antara menu yang kitorang order hari tu. Semua sedap tapi yang paling sedap of course pizza tu. Betul lah memang terbaik pizza dia.




Pizza crust dia sangat best. Tak tebal sangat, tak nipis sangat sampai jadi keras. Rasa topping dia pun best. Maaf lah sangat-sangat sebab lupa ni pizza yang mana kitorang pilih. Tapi untuk senang, korang boleh je tengok mana menu yang recommended tu, try jela. Memang the best lah.







Makanan lain sedap jugak. Boleh terima lah rasa dia. Tapi mungkin kat tempat lain pun boleh dapat jugak. Macam pizza tu, husband aku sampai cakap, next time datang Ipoh nak makan pizza memang datang sini jela. Dah tau sini sedap. Gitu. Punya lah best.






Muka sebelum kekenyangan. Belum kenyang pun dah kembang semacam muka tu. Kalau lepas? Boleh bayangkan? Haha.

Lepas kitorang habis makan tu, keluar je tengok dah makin ramai orang. Siap ada yang tengah tunggu meja. Ko rasa? Memang ramai lah cerita dia kan.


Husband busy bebenorrr. Time ni minggu budak nak naik sekolah. Sibuklah dia, macam ada projek juta-juta.


So bila dah habis makan tu ingat nak pusing Padang Ipoh ni. Takda apa pun, cuma nak exercise sebab perut penuh. Haha.




Memang kat sini ada je orang exercise malam-malam. Jogging. Rasa bertenaganya tengok diorang ni. Apesal aku tak macam diorang. Insaf kejap sambil fikir apa nak makan lepas ni. Lol




So korang yang nak datang Ipoh, silalah cuba kedai ni ye.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...